Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Netizen Biadap Lagakan Fasha...

NETIZEN adakalanya bersikap keterlaluan menerusi media sosial dengan meninggalkan komen-komen yang sangat negatif terhadap...

Hukuman Setimpal Untuk Pemandu...

KUALA LUMPUR - Hukuman yang lebih setimpal berkemungkinan menanti mana-mana individu sekiranya melakukan...

Agong Perkenan Terima Kunjungan...

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan menerima...

Lelaki Gelandangan Tersepit Celah...

HONOLULU - Seorang lelaki gelandangan terpaksa menanggung seksa hampir empat jam apabila tersepit...

Johor Cadang KIK Sultan Abu Bakar Dinaik Taraf

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan menghantar cadangan kepada kerajaan Pusat berhubung penambahbaikan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Abu Bakar berikutan keadaan infrastruktur bangunan berkenaan yang belum pernah dinaik taraf sejak 1998.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata penambahbaikan itu juga bertujuan menampung jumlah pengguna di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) berkenaan.

Beliau berkata bilangan pengguna kompleks tersebut sehingga Ogos lepas adalah 17.1 juta orang dan dijangka meningkat melebihi jumlah yang dicatat pada tahun lepas sebanyak 17.8 juta pengguna.

“Cadangan ini bertujuan memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelancong atau pengguna yang melalui kompleks ini. Penambahbaikan ini amat perlu berikutan struktur bangunan dilihat tidak lagi relevan dengan kapasiti pengguna yang kian meningkat setiap tahun.

“Penaiktarafan ini juga penting dalam meningkatkan lagi perkhidmatan Jabatan Imigresen terutama ketika waktu puncak kerana mereka perlu menjalankan tugas dengan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di kompleks berkenaan, di Gelang Patah, di sini hari ini.

Tee berkata purata pengguna meningkat sebanyak 550,000 sebulan, menyaksikan pada tahun lepas purata pengguna adalah 1.4 juta sebulan, manakala pada tahun ini purata sebanyak 2.4 juta sebulan (Januari hingga Ogos).

Beliau berkata penambahbaikan itu merupakan langkah jangka panjang yang akan diperhalusi lebih lanjut dengan mengambil kira pandangan daripada badan-badan pelancongan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Mesyuarat Penyelarasan Menambahbaik KIK Sultan Abu Bakar akan diadakan dua minggu dari sekarang dan kita juga akan jalankan kajian mengenai struktur dan aliran pengguna yang akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan. Hasil mesyuarat itu akan dibentangkan kepada kerajaan Pusat,” katanya.


Katanya langkah jangka pendek juga dibincangkan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna terjamin, antaranya menyediakan kaunter khas Jabatan Imigresen kepada agensi pelancongan yang menghantar senarai pelancong dibawa masuk melalui kompleks itu serta larangan kepada kenderaan peribadi memasuki parkir bas persiaran sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Kita juga akan menguatkuasakan larangan kepada pemandu bas yang menurunkan penumpang di tepi jalan di mana setiap bas perlu membuat pusingan U melalui kompleks itu.

“Pembinaan tandas awam sebelum kaunter daftar masuk juga dilihat perlu berikutan jumlah pelancong yang menunggu giliran terlalu ramai selain penambahbaikan laluan pejalan kaki,” katanya.

Tee berkata Persatuan Pelancongan Johor (JTA) bersetuju untuk menyumbangkan dana kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan beberapa penambahbaikan jangka pendek seperti pembinaan tandas dan menaik taraf laluan pejalan kaki.

Beliau berkata langkah itu juga selaras dengan persediaan menyambut musim percutian rakyat China ke negeri berkenaan, yang bermula dari 1 hingga 7 Okt ini.

“Jumlah kemasukan pelancong dari China ke Johor pada tahun ini dijangka meningkat 25 peratus berbanding tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Kategori