Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Prototaip Kereta Nasional Ketiga...

KUALA LUMPUR - Prototaip kereta nasional ketiga yang dibangunkan DreamEDGE Sdn. Bhd. sudah...

PFA Belum Selesaikan Tunggakan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menafikan dakwaan Persatuan...

Agong Adakan Mesyuarat Pra-Kabinet...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Undang-Undang Berita Palsu Mampu...

BERA - Cadangan memperkenalkan undang-undang menangani berita palsu bukan untuk menyekat kebebasan bersuara...

Jong Nam: Hari Ke-2 Masih Jadi Tumpuan Media

SHAH ALAM – Perbicaraan hari kedua, dua suspek wanita yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan asing.

Lebih 10 agensi pengamal media asing antaranya dari Korea Selatan, Korea Utara, Indonesia dan Jepun mendaftar di kaunter masuk khas di perkarangan kompleks mahkamah itu yang dikawal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut mendaftar adalah pelbagai agensi pengamal media tempatan di kaunter sama sejak pukul 7.30 pagi.

Kedua-dua suspek iaitu warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, tiba di mahkamah kira-kira pukul 7.50 pagi, dengan kawalan ketat lima kereta polis yang lengkap bersenjata dan berpakaian kalis peluru.

Perkarangan kompleks mahkamah itu turut dikawal ketat pihak polis bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Siti Aisyah dan Doan dituduh bersama empat yang lain yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi 13 Feb lepas.


Jong-nam merupakan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Pada 28 Julai lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Azmi Ariffin menetapkan 23 hari bermula semalam sehingga 30 Nov bagi perbicaraan kes. – BERNAMA

Kategori