Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Russia Dakwa Risikan AS...

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat...

Tentera Mesir Bunuh Berpuluh-Puluh...

ISMAILIA – Tentera Mesir membunuh berpuluh-puluh militan dalam satu operasi di Semenanjung Sinai,...

Penceramah Wanita Ceroboh Sekolah...

PETALING JAYA - Penceramah wanita yang didakwa menjadi mangsa pukul naib juara program...

eVAL Cepat Proses Perjalanan...

KUALA LUMPUR - Surat Kelulusan Visa secara elektronik (eVAL) akan menjalani fasa percubaan...

JPJ Perlis Anjur Program Hari JPJ Bersama Anda

KANGAR – Hampir 1,000 orang memanfaatkan program ‘Hari JPJ Bersama Anda’ untuk membayar saman yang diberi potongan sehingga 50 peratus bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, di sini hari ini.

Program itu berlangsung di Unit Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Pengarahnya, Shahrul Azhar Mat Dali berkata program itu juga bertujuan memberi kefahaman kepada pengguna jalan raya mengenai peranan dan tanggungjawab JPJ untuk menjaga kepentingan pengguna agar menggunakan jalan raya secara harmoni.

Mengenai pengurangan kompaun, beliau berkata cuma saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan muatan berat yang melebihi 5,000 kilogram tidak boleh dikurangkan.

“Selain memberi nasihat mengenai kejuruteraan automotif, pendaftaran kenderaan, pelesenan dan penguatkuasaan, kami juga menerima aduan dan cadangan orang ramai bagi menambah baik perkhidmatan yang disediakan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada program itu.


Menurut Shahrul Azhar dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, pihaknya telah menyaman 1,898 pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. – BERNAMA

Kategori