Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Emas Pertama Acara Terjun...

IPOH – Emas pertama acara terjun Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang membuka tirai...

Papan Tanda PN Disimbah...

KULAI : Dua papan tanda parti Perikatan Nasional (PN) masing-masing di bulatan Taman...

Jururawat ‘Digantung’ Rakam, Kongsi...

NEW YORK - Seorang jururawat di New York diarah menyerahkan lesen kerjaya kejururawatannya...

KKLW Komited Bantu Orang...

SEREMBAN - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) komited dalam membantu masyarakat...

JPJ Selangor Nafi Terlibat Karnival Maal Hijrah

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menafikan agensi Kerajaan Persekutuan itu akan terlibat dalam Karnival Maal Hijrah di Masjid Negeri Shah Alam pada Jumaat ini.

JPJ Selangor dalam satu kenyataan media berkata, maklumat palsu berhubung perkara itu ditularkan oleh orang ramai dalam aplikasi WhatsApp baru–baru ini.

“Untuk makluman, pada Jumaat ini, JPJ Selangor terlibat dengan program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Klang di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah/Tanah Klang sahaja,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, JPJ Selangor menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang maklumat daripada sumber tidak sah mengenai jabatan itu yang tersebar melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp.


“Sekiranya terdapat sebarang keraguan orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus Unit Komunikasi Korporat JPJ Selangor ditalian 03-5566 9407 dan tidak turut serta menyebarkan salah faham tersebut,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori