Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan

JASIN - Semua pihak perlu menghormati keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja...

MH17: Selepas Laporan Risikan,...

PUTRAJAYA - Selepas menerima laporan risikan "agak konklusif", Malaysia dan pasukan penyiasatan antarabangsa...

Ada Pihak Kelirukan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar...

Pengebom Bunuh Diri Letupkan...

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan, sekurang-kurangnya dua orang maut dan sejumlah yang lain...

KAFA Teliti Baki Kontrak Pemain Muda – Bibi

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menyemak baki tempoh kontrak pemain muda Kelantan yang kini diintai beberapa kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata perkara itu penting untuk diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang proses perbincangan dan keputusan diambil.

“Kami telah melakukan perjumpaan secara bersemuka dengan beberapa pemain terbabit untuk mendengar hala tuju serta masalah yang dihadapi mereka,ā€ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa bintang muda Kelantan yang beraksi cemerlang dalam skuad The President Warrior (TPW) dan The Red Warriors (TRW) musim ini menarik perhatian beberapa persatuan yang akan bersaing dalam Liga Super 2018.

Antara pemain yang cuba dipancing ialah Mohammad Qayyum Marjoni Sabil, Ahmad Syihan Azmi Mohamed, Mohd Faris Shah Rosli, Nik Azli Nik Alias dan Mohd Daniel Asyraf Abdullah.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata KAFA tidak akan menyekat kebebasan pemain mereka untuk berhijrah jika mereka mendapat tawaran lumayan daripada persatuan lain.


ā€œNamun buat masa ini, saya berharap pemain yang menerima tawaran beraksi dengan persatuan lain dapat memberi fokus terhadap perlawanan terakhir Liga Super menentang Melaka United pada 28 Okt depan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

ā€œWalaupun mereka mendapat tawaran, namun perjuangan serta tanggungjawab mereka dengan Kelantan masih belum berakhir,ā€ katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KAFA

Kategori