Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kitar Semula Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja syarikat kitar semula hari ini mengaku tidak bersalah...

PIBG SMJK Chung Hwa...

SHAH ALAM - Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung...

E-sport Tidak Pinggir Sukan...

KUALA LUMPUR - Kewujudan sukan elektronik (e-sport) tidak akan meminggirkan sukan konvensional, sebaliknya...

Bersih Cadang Menteri Mohon...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) mencadangkan...

Kain Rentang ‘FAM Bangsat’ & Kekecohan Di Stadium

IPOH – Perlawanan di antara pasukan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) semalam sekali lagi dicemari insiden keganasan penyokong sehingga menyebabkan beberapa kecederaan.

Lapor beberapa portal berita, kekecohan dipercayai tercetus akibat provokasi kedua-dua penyokong sebaik sahaja perlawanan separuh akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Perak itu berakhir dengan keputusan terikat 1-1.

Keadaan pada awalnya kelihatan terkawal dengan kehadiran anggota polis, namun bertukar kecoh apabila penyokong mula membaling botol minuman, batu dan kerusi ke padang.

Bagaimanapun, tindakan pihak penyokong tuan rumah yang memasang kain rentang tertera perkataan “FAM Bangsat” dilihat sebagai sengaja menimbulkan provokasi kepada penyokong pelawat.

Kain rentang itu kemudian digantikan kepada “Gurau Je” yang mana seolah-olah memberitahu kain rentang terdahulu hanyalah gurauan.

Suasana kemudiannya bertambah kecoh apabila ada individu yang tidak dikenal pasti sengaja membaling mercun ke arah sekumpulan penonton.

Seorang lelaki dipercayai penyokong JDT cedera di bahagian perut dan kepala akibat terkena mercun berkenaan dan diberikan rawatan awal Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).


Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut menahan beberapa individu bagi mengawal keadaan.

Dalam pada itu, enam bas yang membawa penyokong JDT diarahkan beredar dari kawasan stadium untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori