Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nasrudin Nafi ‘Siku Dan...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa ucapannya yang menyebut...

Wajah Dua Mangsa Korban...

SELEPAS 16 jam menjadi tebusan seorang lelaki kelahiran Iran yang dikenali sebagai Man...

Isu Vaksin: Tawakal Tanpa...

KUALA LUMPUR - "Islam sangat memandang tinggi nyawa seorang individu Muslim. Nyawa seorang...

Beratus Lagi Pekerja Syarikat...

PETALING JAYA - Kira-kira 600 pekerja dalam sebuah kumpulan berkaitan media terbesar di...

Kaji Jawatankuasa Selia Kontrak Usahawan India

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mengkaji pembentukan satu jawatankuasa khas di peringkat Kementerian Kewangan bagi menyelia perolehan dan kontrak kerajaan kepada usahawan dalam kalangan masyarakat India.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pembentukan jawatankuasa itu perlu bagi meningkatkan peluang masyarakat India memperoleh projek-projek kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

”Dengan adanya jawatankuasa khas ini, mungkin kita boleh wujudkan lebih banyak peluang kepada usahawan kalangan masyarakat India untuk terlibat dalam projek-projek kerajaan yang banyak ditawarkan pada masa sekarang ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan surat kelulusan kewarganegaraan kepada 177 kaum India yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.

Penerima terdiri daripada pemohon kewarganegaraan yang lahir sebelum kemerdekaan negara, kelahiran tidak didaftarkan dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.


Mengulas lanjut, Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata pada masa ini terdapat ramai usahawan kecil masyarakat India yang memerlukan suntikan kewangan, terutama golongan muda yang baru menamatkan pengajian di peringkat universiti.

“Kumpulan ini memerlukan sedikit bantuan untuk bergerak, sebab itulah kami kemukakan cadangan ini. Kami harap ia dapat dipertimbangkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori