Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KKM Siasat 10 Produk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung 10 produk stevia yang...

Tawaran Anwar, PAS Bincang...

PETALING JAYA ā€“ Pas akan berbincang dengan rakan-rakan komponen Perikatan Nasional (PN) dalam...

DAP Mahu Umum Calon...

KUCHING - DAP Sarawak akan mengumumkan calonnya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat...

Saya, Erra Dilihat Seperti...

SELEPAS mengakui sedang dilamun cinta dan masih dalam proses mengenal antara satu sama...

Kak Girl ‘Curi’ Hati Humood AlKhuder Pula

SUATU ketika dahulu, nama Humood Alkhudher sering meniti di bibir-bibir netizen apabila lagunya, Kun Anta berjaya memikat hati pendengar.

Bukan itu sahaja, ramai juga netizen menunjukkan bakat menerusi cover lagu yang dibuat dan di muat naik ke laman-laman sosial. Tidak kurang juga parodi yang dilakukan.

Kak Girl pun tidak melepaskan peluang untuk memuat naik video lip-syncnya ke laman sosial.

Jika minggu lepas, Shah Rukh Khan memuji video lip-syncnya untuk lagu Bole Chudiya, semalam Humood ada repost video tersebut ke akaun Instagram miliknya pula.

Baca:Ā Video Parodi: Shah Rukh Khan Puji Kak Girl?

Wah… Makin popular Kak Girl dalam kalangan artis antarabangsa sekarang ini ya!Ā Penyanyi yang berasal dari Kuwait itu mengagumi aksi yang dipaparkan Kak Girl yang begitu bersahaja.

Sekali lagi, suaminya turut mencuri perhatian Humood apabila hanya meneruskan pemanduan seprti tiada apa yang berlaku walaupun Kak Girl sedang rancak ‘menyanyi’ dan menari.

“Saya menyukai video ini! Dan saya menyukai gaya lelaki itu yang tidak menunjukkan sebarang reaksi wajah!,” tulis Humood di laman Instagram.

Sudah semestinya Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan teruja dan terharu apabila Humood menyedari kewujudan video yang dibuatnya itu.

“Masa SRK retweet (ulang kicau) video saya, rasa macam nak pengsan sebab memang tak sangka. Tambahan pulak saya minat sangat dengan SRK. Ia satu penghormatan buat saya.

“Tak lama lepas tu video Kun Anta yang saya lip sync pula dikongsi Humood di Instagram. Alhamdulillah. Sangat terharu!


“Kelakar pun ada sebab macam tak percaya dapat perhatian kedua-duanya dalam masa singkat,” katanya dipetik mStar Online.

Tambah Kak Girl, reaksi suaminya seolah-olah tiada apa yang berlaku itu pun menarik perhatian netizen untuk menonton video-video lip-syncnya.

Sehinggakan dia pernah berseloroh menyatakan bahawa suaminya pula telah mengambil ‘spotlight‘ yang dia dapat daripada netizen.

“Sebab tu mereka pun bertanya, kenapa lelaki itu (suami) boleh berdiam saja, selamba macam tak ada apa-apa berlaku.

“Ternyata reaksi diam suami penambah tarikan yang membuatkan dua selebriti antarabangsa ini turut terhibur.

“Saya ada jugak cakap, amboi ‘overshadowed’ ya. Dia ketawa saja. Tapi saya tiada masalah pun. Rasa kelakar juga sebab reaksi suami yang diam tu pun dapat perhatian,” ujarnya.

Dengar-dengarnya selepas ini, Kak Girl bakal muncul dengan lagu Beyonce pula. Agak-agak macam mana aksi dan tarian yang bakal dipersembahkan dalam video itu nanti ya? – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

A post shared by Meera James (@kakgirlsebenar) on

Kategori