Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dibelasah Kerana Dosa Ganggu...

GANAS... Dua orang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah sekitar Daerah Klang, Selangor...

KWSP Catat 107,105 Pendaftaran...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli...

3 Pelajar Dikejarkan Ke...

GUA MUSANG - Tiga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra...

Gempa Bumi Gegar Maluku...

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter menggegarkan barat laut Ternate,...

“Kalau Ada Batu Api, Bila Nak Habis” – Kamal Adli

HUBUNGAN cinta antara pasangan pelakon Emma MAembong dan Kamal Adli yang telah dijalin sejak tiga tahun lalu dikatakan sedang mengalami krisis berpanjangan.

Namun, Kamal telah menegaskan bahawa hubungan mereka baik sahaja dan sempat memaklumkan pergaduhan kecil mereka tiada sebarang campur tangan daripada orang luar.

Baca: “Hubungan Kami Masih Seperti Biasa” – Kamal Adli

Dalam pada itu, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli meminta supaya mereka yang rapat dengan kekasihnya itu tidak menjadi batu api sehingga mengeruhkan lagi keadaan yang baru sahaja nak pulih.

“Saya harap orang sekeliling janganlah jadi batu api. Kami sudah berbaik dan hubungan ini macam biasa. Masalah antara saya dengan Emma sudah selesai.

“Apa yang berlaku hanya salah faham. Jadi, tak perlu diperbesarkan lagi hal ini. Saya sebagai lelaki cuba perbaiki dan jernihkan keadaan,” katanya ketika ditemui oleh pihak Berita Harian.

Tambah pelakon berusia 31 tahun itu, dia sedia maklum bahawa ada pihak yang berasa tidak senang dengan hubungannya bersama pelakon kacukan Melayu-Scotland itu.

Bagi Kamal sendiri, dia tidak mahu memanjangkan lagi mengenai isu itu.

“Macam saya cakap tadi, hal ini sudah selesai. Saya tak mahu komen lagi kerana nanti ia akan berlarutan,” tambahnya lagi.

Walaupun Kamal sendiri sudah mengatakan bahawa semua yang terjadi itu merupakan salah faham, namun masih ada lagi netizen yang mengatakan bahawa dia merupakan seorang ‘playboy’.


Semua ini bermula ketika kononnya Kamal mempunyai kekasih baru iaitu Zahirah Macwilson ketika mereka digandingkan di dalam drama Duda Pujaan Dara.

Namun, Zahirah sendiri telah memberitahu media bahawa dia tidak percaya dengan ‘cinta lokasi’ kerana sebelum ini dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan cinta dengan mana-mana pelakon lelaki yang digandingkan bersamanya.

Juga: Tidak Perlu ‘Cinta Lokasi’ Untuk Serasi – Zahirah

Emma juga seolah-olah tidak mahu mengulas panjang mengenai apa yang terjadi sekali gus membuatkan ramai peminat tertanya-tanya mengenai hubungan mereka berdua.

Mungkin apa yang terjadi ni sebenarnya hanya salah faham, sehingga menyebabkan ada hati yang terguris. Harapnya lepas ni akan ada perkhabaran gembira daripada Emma dan Kamal. Mana tahu lepas isu ni dah selesai, naik pula kenyataan yang mereka bakal berkahwin? Kita doa yang baik-baik je okay.

Yelah, dah lama sangat bercinta tu. Takut nanti bila dah lama-lama, kena kebas orang pulak. Benda baik kita kena percepatkan… Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori