Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hospital Kerajaan Terima Sijil...

KUALA LUMPUR - Sijil nikah atau sijil perkahwinan yang didaftarkan oleh Mahkamah Anak...

Rayu Campur Tangan Kerajaan...

Masjid Tanah : Pembeli unit kediaman di Taman Seri Aman Lagenda, di sini,...

Dadah Dalam Tin Coklat...

'TAK tahu dadah dalam tin coklat' - Demikian alasan seorang lelaki warga Malaysia...

Lebih 570 Kediaman Di...

KAJANG - Lebih 570 kediaman di 10 kampung dan satu taman perumahan di...

Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017

KUALA LUMPUR – Kontroversi ‘putus cinta’ tidak halang pelakon, Kamal Adli mempamerkan persembahan konsisten hingga muncul juara program realiti, Super Spontan Superstar 2017.

Membawa pulang wang tunai RM100,000, aktor berusia 31 tahun itu malahan melakar sejarah apabila mampu menumpaskan ramai peserta lain yang rata-ratanya merupakan pelawak profesional.

Percubaan kali kedua bintang drama Duda Pujaan Dara dalam program pertandingan komedi itu malam tadi membuahkan hasil selepas gagal menempah tiket ke pentas final pada musim lalu.

Tempat kedua dimenangi oleh Fad Bocey yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala tempat ketiga pula diraih rakan seperjuangan, Achey yang memperoleh RM25,000.

Kemenangan adalah berdasarkan 100 peratus undian daripada penonton. Pentas akhir program yang bersiaran selama lapan minggu itu turut menampilkan Mamak Puteh, Syuk Balas, Ozlyn, Sharif dan Shahrul Shiro.


Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000. Super Spontan Superstar 2017 yang dihoskan Datuk AC Mizal, mengundang selebriti Datuk Chef Wan sebagai komentator bersama Datuk Afdlin Shauki.

Kamal ketika ini ‘panas’ diselubungi kontroversi putus cinta dengan aktres Emma Maembong selain pula dikatakan konon ada menjalinkan hubungan dengan Zahirah Macwilson. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori