Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

6 Sekeluarga Etnik Rohingya...

KOTA TINGGI - Enam sekeluarga etnik Rohingya termasuk seorang wanita yang sarat hamil...

Cuaca Panas Tak Jejaskan...

PADANG BESAR - Cuaca panas akibat fenomena El Nino tidak menjejaskan hasil tangkapan...

Nota Selamatkan 5 Kanak-Kanak...

SEKEPING nota yang dibaling menerusi tingkap rumah berjaya menyelamatkan lima kanak-kanak yang kekurangan...

QZ8501 : AirAsia Keluarkan...

Selepas terdapat kekeliruan berikutan adanya penumpang warga Britain atau tidak, AirAsia dalam kenyataan...

Kanak-Kanak Mati Lemas Ketika Mandi Di Pantai Sabak

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan mati lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mandi di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II Hussin Ab Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang tadi ketika mangsa, Muhammad Syahir Saadi, 10, dan lima rakannya mandi di pantai berkenaan.

Empat daripada mereka termasuk Muhammad Syahir yang juga murid Sekolah Kebangsaan Islah di sini kemudian dihanyutkan ombak, namun tiga berjaya diselamatkan oleh orang awam, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata JBPM Kelantan yang menerima panggilan pada 2.35 petang tiba di lokasi beberapa minit kemudian dan terus memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mayat Muhammad Syahir ditemukan pada pukul 5.15 petang,” katanya.

Sementara itu, seorang nelayan, Ummar Mokhtar Aznan, 30, yang tinggal berhampiran pantai tersebut berkata dia bergegas terjun ke dalam air bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan selepas terdengar jeritan pelanggan di sebuah kedai makan berhampiran pantai yang ternampak kejadian.


“Saya dan sepupu (Mohd Faiz Abdullah, 28) sempat menyambar beberapa batang kayu sebelum terjun ke dalam air bagi dijadikan pelampung kepada kanak-kanak berkenaan.

“Kami hanya sempat menyelamatkan tiga kanak-kanak tersebut yang kelihatan tenggelam timbul dalam air, manakala seorang lagi mangsa tidak ditemui kerana telah tenggelam ke dasar,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori