Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Jadikan Sukan Sebagai Budaya...

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu menjadikan sukan sebagai satu budaya dan tidak...

Cabar Ketua Polis Negara...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng mencabar Ketua Polis...

“Saya Sudah Cukup Bersedia...

KUALA LUMPUR - Penyerang simpanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali menegaskan...

Bapa Kaget Besi Buaian...

Georgetown - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menempuh pengalaman memeritkan apabila besi...

Kanak-Kanak Tendang Datuk Saudara Elak Dirogol

SIBU – Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terselamat daripada dirogol setelah dia menendang pelakunya iaitu datuk saudaranya sendiri di rumahnya di Sungai Bidut di sini petang semalam.

Setelah ditendang, lelaki yang berusia 55 tahun itu terjatuh dan kemudian lantas bangun dan melarikan diri.

ā€œKejadian berlaku apabila suspek datang ke rumah mangsa semasa ibu mangsa keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Suspek yang biasa datang ke rumah mangsa bila ada kelapangan, telah bertindak memasuki bilik tidur mangsa danĀ mengunci pintu bilik,ā€ kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailanni Amit hari ini.

Beliau berkata lelaki itu tidak sempat meneruskan perbuatan terkutuknya apabila ditendang kanak-kanak berkenaan.


Mangsa kemudiannya memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya, katanya.

Beliau berkata suspek telah ditahan di sebuah kuarters pekerja sebuah kilang kayu di Jalan Empawah malam tadi dan kini direman sehingga 30 Oktober untuk membantu siasatan bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – BERNAMA

Kategori