Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Toyota Alphard Bebas...

PETALING JAYA – Seorang pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman bagi membantu siasatan...

Kos Kendali PRU14 Dianggar...

PUTRAJAYA - Kos pengurusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggarkan mencecah RM400 juta,...

RM55 Juta Program Pembangunan...

KUALA LUMPUR - Bajet 2021 khususnya bagi sektor sukan di negara ini menyaksikan...

Peminta Derma Perlu Daftar...

MELAKA - Bagaikan tidak ada kesudahan dan menjadi kelaziman melihat kelibat individu tertentu...

Kandungan Sudah Enam Bulan, Jihan Masih Aktif

SEJAK mengumumkan berita gembira bahawa dia dan suami sedang menunggu ‘ketibaan’ cahaya mata sulung mereka, pelakon dan pelawak Jihan masih lagi ligat dalam karier seninya.

Baca: Jihan Muse Umum Sedang Hamil Empat Bulan

Meskipun kandungannya semakin membesar, Jihan dilihat masih aktif ke sana ke mari, malah dia sendiri enggan berehat dan masih akan terus bekerja selagi keadaannya mengizinkan.

Isteri kepada pelakon Ungku Hariz ini juga menyatakan yang dia hanya akan berehat selepas melahirkan anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, kandungan sudah masuk bulan keenam, tiada alahan dan saya sudah bersedia untuk bekerja semula.

“Ketika kandungan awal tiga bulan memang tak boleh nak buat apa, sebab alahan agak teruk, sampai terpaksa batalkan beberapa projek. Tapi sekarang sudah okay.

“Masuk bulan keempat baru saya mula bekerja dan rasanya cukuplah berehat. Tak nak lah duduk rumah kembangkan badan sahaja,” katanya dipetik mStar Online.

Terbaru, Jihan dilaporkan akan menjadi pengacara Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) bergandingan dengan Fahrin Ahmad dan Shuk Balas.

Ibu mengandung ini turut akan menggegarkan pentas Gegar Vaganza 4 bersama partnernya, Nabil Ahmad.


“Insya-Allah, tak ada masalah untuk saya mengacarakan ASK2017 dan Gegar Vaganza kerana ini saya kira projek terakhir saya sebelum berehat.

“Produksi pun faham keadaan saya, mereka beri layanan baik dan saya tak rasa letih. Cumanya saya perlu lebih berhati-hati, tak boleh lasak sangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jihan mengakui dia ada menjalani satu pembedahan kecil semasa awal kehamilan kerana penyakit apendiks yang dihidapinya.

“Masa bulan pertama itu terlalu awal nak kongsi dengan peminat, bulan keempat barulah saya rasa sesuai untuk kongsi dengan orang ramai.

“Lagipun, ketika itu saya diserang penyakit apendiks dan kesihatan pun tak berapa baik. Tak mahulah orang ramai risau pula,” ujarnya.

Nampak gayanya ibu mengandung ini masih kekal aktif walaupun sudah memasuki fasa trimester ketiga kehamilannya.

Semoga Jihan dan baby dalam perutnya itu sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan pengacaraannya itu nanti. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori