Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Fatwa Selangor Mengenai SIS...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk menangguhkan...

Isu Zakir Naik: Ibrahim...

KUALA LUMPUR - Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini...

Mayat Lelaki Ditemui Dalam...

BUKIT MERTAJAM - Mayat lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dalam kawasan semak berhampiran...

PKR Mohon Maaf Fitnah...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada Tan Sri Abdul...

Kapten Izham Dilantik Jadi CEO Baharu MAB

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengumumkan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MAB baharu berkuat kuasa 1 Disember.

Beliau yang ketika ini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan dilantik untuk menggantikan Peter Bellew yang akan berpindah balik ke syarikat penerbangan negara asalnya, Ryanair di Ireland.

Pelantikan Izham dengan pengalaman lebih 36 tahun dalam industri penerbangan global, sekali gus menepati ramalan penganalisis ekonomi yang menjangka anak tempatan bakal mengisi ‘kerusi panas’ itu.

Bellew dilantik sebagai CEO MAB menggantikan Christoph Mueller pada 1 Julai tahun lalu apabila warga Jerman itu berundur untuk menyertai syarikat penerbangan Emirates sebagai Ketua Pegawai Digital dan Inovasi.

Menurut satu kenyataan media dikeluarkan MAB di sini, Izham juga dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat penerbangan kebangsaan itu yang kini dimiliki sayap pelaburan negara, Khazanah Nasional Berhad.

Beliau yang dilatih sebagai juruterbang di Sekolah Penerbangan Philippines Airline di Filipina, berkemahiran mengemudi pelbagai jenis pesawat komersial termasuk Fokker 27, Airbus 330 dan Boeing 747.

Graduan Harvard Business School di Amerika Syarikat (AS) itu pernah menjadi COO Malaysia Aviation Group Berhad selain sebagai ahli lembaga pengarah kepada MAB Kargo, MAB Academy dan MAS Awana.


Izham yang menyertai MAB sejak 1979 pernah memecah rekod dunia apabila menerbangkan pesawat MAB pertama Boeing 777-200 dari Seattle, AS ke KLIA dan berpatah balik sejauh 23,310 batu dengan 41 jam 59 minit.

Beliau mencipta sejarah rekod perjalanan paling jauh dan paling pantas. Mengulas pelantikan itu Izham dilaporkan bersyukur apabila diberi tanggungjawab berat tersebut demi memulihkan semula prestasi MAB di mata dunia.

Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar. Dalam kenyataan MAB, Bellew diletakkan di bawah cuti pentadbiran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori