Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Bayi Lelaki Ditemui...

SUNGAI PETANI - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah tangki air di...

Melaka Terima Lebih 70...

MELAKA - Hari Bertemu Pelanggan (HBR) anjuran kerajaan di Seri Bendahara, Ayer Keroh,...

‘Pemimpin UMNO Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO negeri terutama Ketua UMNO bahagian seluruh negara menyatakan solidariti...

KJ Sahkan Berita Atlet...

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan seorang atlet elit kebangsaan telah gagal...

Karya Seni Iran Bernilai RM3 Juta Dipamerkan Di Perak

IPOH – Sebanyak 60 hasil seni bernilai lebih RM3 juta oleh barisan artis Iran dipamerkan pada Pameran Kesenian Iran yang berlangsung selama dua hari, mulai hari ini di sini.

Pameran dianjurkan bersama Tourism Perak dan Galeri Seni Mandegar berpangkalan di Tehran, Iran itu menampilkan lukisan-lukisan dan arca terbaik daripada artis-artis terkenal Iran seperti Farah Ossouli, Esraphill Shirchi, Salar Ahmadian, Eynodin Sadeqzade, Ghodratollah Aghelli, Nastaran Safaei dan Felora Feizbakhsh.

Pengerusi Platform Perniagaan dan Pameran Iran-Malaysia (IMEX) Hafez Hakami berkata pameran unik itu adalah untuk mempromosikan budaya dan kesenian Iran kepada rakyat di Perak, di samping menampilkan keindahan landskap Perak kepada rakyat negara berkenaan menerusi karya seni.

Beliau berkata kesemua artis yang terlibat itu pernah mempamerkan hasil seni mereka di peringkat antarabangsa seperti United Kingdom, Jerman, Amerika Syarikat, Perancis serta Qatar, dan ada dalam kalangan mereka telah menerima pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan melalui karya seni.

“Saya yakin ini adalah permulaan yang baik untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dalam budaya dan perniagaan antara Perak dan Tehran,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pameran berkenaan, di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.


Hafez berkata lima peratus daripada hasil jualan karya seni itu akan disumbangkan kepada Unit Penjagaan Kanser Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Sementara itu, Nolee Ashilin berkata pameran seni yang unik itu adalah untuk memberi inspirasi kepada bakat-bakat seni tempatan mengenai peluang di platform antarabangsa bagi mempelajari mesej dan maksud di sebalik setiap karya seni berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri sangat menyokong pameran berkenaan, dan karya seni eksklusif dari Iran itu juga dapat mempromosikan kepelbagaian budaya kesenian negara berkenaan serta budaya di Perak. – BERNAMA

Kategori