Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Charles Santiago Dilantik Jadi...

KUALA LUMPUR — Anggota Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago telah dilantik sebagai pengerusi...

Singapura Naik Had Guna...

SINGAPURA - Pemerintah Singapura bakal menaikkan had penggunaan duit syiling tempatan sehingga 1,850...

Jemaah Haji Yang Ditemui...

SEPANG - Jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, yang ditemui selepas dilaporkan hilang...

Selangor Mahu Peranan Lebih...

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan...

Kaunselor Komuniti Bakal Di Pusat Pemindahan Banjir

KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menempatkan Kumpulan Kaunselor Komuniti di setiap pusat pemindahan banjir bagi membantu mangsa yang trauma dengan bencana itu bermula tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia merupakan penambahbaikan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kementerian itu yang sentiasa dibuat penilaian bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

“Bila saya melawat mangsa banjir, saya nampak ada sesetengah daripada mereka murung kerana terkesan dengan bencana tersebut. Justeru, KPWKM akan menempatkan Kumpulan Kaunselor Komuniti ini bagi membantu mereka daripada sudut psikologi untuk berdepan dengan bencana tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #NEGARAKU_Keluarga Bahagia_KPWKM di Dewan Tun Ghaffar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad, hari ini.

Katanya, KPWKM melatih sekurang-kurangnya 5,000 orang awam pada setiap tahun menerusi pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertai kumpulan kaunselor komuniti itu.

Dalam pada itu, Rohani berkata pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa bersiap sedia dengan melakukan persiapan awal menghadapi bencana banjir.


“Untuk Kelantan, kita dah buat persiapan awal namun Kedah dan Perlis pula dinaiki air. Bagaimanapun, pegawai JKM dari Kelantan telah dihantar ke kedua-dua negeri berkenaan untuk membantu menangani bencana tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai atlet renang negara yang didakwa dirogol jurulatihnya bulan lepas, Rohani berkata beliau telah memberikan cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menempatkan beberapa kaunselor di perkampungan sukan bagi membantu atlet berdepan sebarang masalah berkaitan psikologi.

“Ada atlet yang tak berani nak cerita masalah mereka dengan jurulatih atau pengurus mereka, jadi dengan kehadiran kaunselor ini mungkin boleh membantu sebarang masalah yang dihadapi mereka,” katanya.

Ditanya mengenai kes liwat yang membabitkan sebuah pusat jagaan kelolaan JKM Melaka, Rohani berkata perkara tersebut ditularkan kembali walaupun ia berlaku pada 2012 dan pihaknya telah membuat laporan polis selain kes berkenaan telah diambil tindakan oleh pihak berkaitan. – BERNAMA

Kategori