PENGGUNAAN kad Touch ‘N Go bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan pengguna jalan raya terutama mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang.
Ini kerana dengan hanya satu sentuhan saja, anda boleh melepasi plaza tol dalam masa yang sangat singkat.
Namun, tidak dapat dinafikan sesetengah daripada pemandu terutamanya golongan wanita mengalami kesukaran sewaktu menggunakannya.
Adegan membuka pintu kereta semata-mata mahu menyentuh kad pada terminal Touch ‘N’ Go bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi sewaktu tengah hujan.
Tetapi seperti biasa, rakyat Malaysia memang kreatif. Sesetengah daripada pengguna Touch ‘N Go mendapat idea untuk memudahkan perjalanan mereka dengan menggunakan peralatan di rumah seperti sudip masakan, spatula dan kayu pemukul lalat.
Kad Touch ‘N’ Go ini dilekatkan pada permukaan peralatan-peralatan rumah seperti beberapa gambar di bawah, dan ianya akan digunakan ketika melalui plaza tol.
Sudah ramai pengguna jalan raya menggunakan alatan tersebut kerana ia sangat mudah, cepat dan sangat kreatif.
Boleh dikatakan ia adalah antara life hack terbaru yang digunapakai sejak kebelakangan ini.
Kini, penggunaan spatula, sudip dan juga kayu pemukul lalat itu mungkin boleh dilupakan apabila muncul satu produk baharu yang secara ‘rasminya’ sudah dijual di pasaran.
Dikenali sebgai Stick Touch ‘N Go, ia kini dijual secara meluas di grup-grup Facebook dan juga di laman Carousell dan Shopee.
Kayu pemegang kad ini didatangi dengan pelbagai pilihan warna dan semestinya menjadi sebuah aksesori yang wajib untuk dimiliki oleh pemandu-pemandu di Malaysia, turutamanya di kalangan wanita.
Mungkin dengan penggunaan meluas kayu pemegang ini, masalah kesesakan di lorong-lorong Touch ‘N’ Go di plaza-plaza tol dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus. – MYNEWSHUB.CC