Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lelaki Lemas Ketika...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemukan mati lemas selepas dikatakan...

Rusia Dakwa Berjaya Bunuh...

MOSCOW - Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa berjaya bunuh ketua khalifah kumpulan militan Daesh,...

Najib Tegaskan Komitmen Cari...

KUALA LUMPUR - Hari ini menandakan telah empat tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines...

Wanita Marah MPSJ Guna...

SHAH ALAM - Insiden seorang wanita Cina memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran...

Kedah Mampu Langkah Kaki Ke Final Piala Malaysia

ALOR SETAR – “Saya yakin pasukan Kedah mampu melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 dengan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh semua pemain,” kata Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar.

Beliau berkata KFA juga menaruh kepercayaan penuh kepada jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff untuk membimbing dan membawa pasukan Kedah mara ke peringkat akhir Piala Malaysia tahun ini.

“Saya telah berjumpa dengan pemain untuk memberi kata-kata semangat dan mereka telah berjanji untuk mempertahankan dan mencatat kejayaan pada musim ini dengan bermain habis-habisan semasa di padang nanti.

“Saya yakin tahun ini kita mampu dan layak untuk melangkah ke peringkat akhir dan membawa piala pulang ke negeri ini,” katanya ketika ditemui pada Program Hari Sukan Negara di Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong di sini, hari ini.

Aminuddin berkata dia juga berharap penyokong pasukan Kedah dapat turun ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, esok untuk memberi sokongan padu kepada pemain sehingga minit terakhir.


Kedah bakal bertemu Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak, esok bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017. – BERNAMA

Kategori