Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Elak Hujan Di Majlis...

BUAT bakal pengantin yang risaukan cuaca pada hari perkahwinan, kini mereka boleh mendapatkan servis...

Pembangkang Dengan Helah Lama...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyelar pembangkang kerana mendakwa...

Ibu Pelakon, Johan As’ari...

Takziah diucapkan kepada pelakon popular Johan As'asri atas kehilangan bonda tercinta, Datin Firdaus...

Penerbangan Tangguh, Hampir 400...

Kota Bharu : Hampir 400 bakal jemaah meluahkan rasa kecewa dengan sebuah agensi...

Kelonggaran Dasar Migrasi Dapat Tingkat Kebajikan

KUALA LUMPUR – Langkah melonggarkan dasar-dasar migrasi dapat mempertingkatkan kebajikan pekerja serta memacu pertumbuhan ekonomi di negara-negara ASEAN, demikian menurut satu laporan Bank Dunia.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata aspek migrasi dalam wilayah ASEAN meningkat secara ketara antara 1995 dan 2015 yang menjadikan Malaysia, Singapura dan Thailand sebagai hab penghijrahan dengan 6.5 juta orang pehijrah.

“Angka itu mewakili 96 peratus daripada pekerja pehijrah di ASEAN sebagaimana disenaraikan dalam laporan ‘Migrating to Opportunity’ itu,” katanya.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi rantau Asia Timur dan Pasifik, Sudhir Shetty berkata kalangan Komuniti Ekonomi ASEAN telah mengambil langkah bagi kemudahan pergerakan pekerja berkenaan namun peraturan itu hanya melibatkan kerjaya dengan kepakaran tertentu seperti doktor, jururawat, doktor gigi, jurutera, arkitek, akauntan profesional pelancongan atau hanya lima peratus daripada pekerjaan di rantau berkenaan.

“Menerusi pilihan dasar yang tepat, negara asal dapat meraih manfaat ekonomi hasil daripada usaha migrasi keluar itu sambil melindungi rakyatnya yang berhijrah.

“Pekerja asing boleh mengisi kekurangan tenaga kerja dan menggalakkan pertumbuhan mampan di negara penerima sekiranya dasar-dasar terbabit selaras dengan keperluan ekonomi mereka.

“Dasar-dasar migrasi yang tidak tepat serta wujudnya institusi tidak berkesan akan hanya menyebabkan rantau itu kehilangan peluang untuk memaksimumkan manfaat penghijrahan,” katanya.

Laporan itu berkata sekatan sedemikian hanya menelan kos dan membabitkan proses pengambilan pekerja yang berlanjutan.


Malah, bilangan pekerja yang dibenarkan memasuki sesebuah negara pada kuota terhad dan dasar ketat pengambilan pekerja hanya menjejaskan lagi pilihan serta kebajikan mereka.

Menurut laporan itu lagi, dasar-dasar sedemikian pula sebahagiannya dipengaruhi oleh persepsi bahawa kebanjiran pekerja asing ini boleh memberi impak negatif terhadap ekonomi negara penerima.

“Bagaimanapun, bukti yang ada menunjukkan sebaliknya. Di Malaysia, hasil simulasi mendapati 10 peratus peningkatan pekerja asing kurang mahir ini dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.1 peratus manakala KDNK Thailand pula akan susut sebanyak 0.75 peratus tanpa penghijrahan tenaga kerja,” katanya.

Menurut Bank Dunia, pelbagai dasar boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan pergerakan pekerja selain lebih banyak pengawasan ke atas agensi pengambilan pekerja di sekitar rantau itu.

Malaysia juga, kata bank itu, dapat menyelaraskan dasar-dasar migrasi mengikut keperluan ekonominya termasuk menyemak semula sistem levi semasa dan mempertingkatkan penyelasaran dengan negara-negara pengirim atau asal pekerja terbabit. – BERNAMA

Kategori