Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Kacak ‘Kun Anta’...

NAMA Humood AlKhauder secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai dan kegilaan gadis Malaysia apabila...

Sambutan I-Suri Di Perak...

IPOH - Sambutan terhadap program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) di bawah Kumpulan...

Bekas Pegawai Jadi Presiden...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Pelan Hala Tuju Industri Sokongan Keretapi Malaysia 2030,...

Netizen Bangga Jaringan Faiz...

KUALA LUMPUR - Gol 'melanggar hukum fizik' oleh penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz...

Kempen Aiskrim Percuma Saingi Mabuk Pesta Arak

DEMI memastikan umat Islam di Selangor tidak mabuk arak, Datuk Seri Jamal Md. Yunos melancarkan pula kempen Dapat Aiskrim Percuma atau singkatannya DAP di seluruh negeri.

Pengerusi Gabungan NGO Selangor itu berkata, kempen tersebut merupakan simbolik kepada bantahan terhadap tindakan kerajaan Selangor yang masih enggan membatalkan sebarang bentuk penganjuran pesta arak di negeri itu.

Beliau berkata, sebagai tanda protes, kempen itu diharapkan dapat membuka mata rakyat bahawa kempen makan aiskrim yang halal dan berkhasiat lebih baik daripada pesta arak yang mengundang gejala sosial dalam masyarakat.

“Penahanan saya dan rakan-rakan lain tidak menghalang kami daripada terus membantah pihak penganjur untuk mengadakan pesta arak di Klang. Mulai esok (Selasa), kami akan mengadakan jelajah kempen di seluruh Selangor.

“Ia sempena pesta makan aiskrim, kami akan tetapkan tarikh, waktu dan tempat sesuai. Kempen dimulakan di Ampang Point dan setiap hari kami akan buat jelajah kempen aiskrim iaitu DAP, Dapat Aiskrim Percuma.

“Ia juga berlangsung di seluruh Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat NGO itu pada Isnin. Jamal turut membawa bekas aiskrim bergerak di hadapan petugas media yang terpampang wajah seorang personaliti.

Mukanya mirip Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali makan aiskrim di dalam bilik dan tertera slogan ‘Aiskrim Azmin, sekali rasa pasti nak lagi’. Ia juga ada simbol tiga aiskrim berwarna merah, biru dan oren.

Manakala di bahagian bawahnya tertulis Selangorku Frozen Forest. Namun Jamal berkata gambar itu diambil daripada media sosial dan Azmin memang tiada hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.


“Kalau dia saman maknanya betullah itu gambar Azmin, sebab saya ambil pun dari media sosial,” ujarnya lagi. Menurut Jamal pemberian aiskrim itu terdiri daripada 10 perisa termasuk durian, jagung dan kacang merah.

Menurut Jamal, beliau hanya akan menamatkan jelajah kempennya itu sekiranya pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akur kepada bantahan mereka supaya segera membatalkan pesta arak dirancang tersebut.

“Program yang kami anjurkan ini akan kami henti jika Menteri Besar Selangor membatalkan kebenaran untuk penganjuran pesta arak. Ini sebenarnya sebagai satu bantahan kepada program pesta arak itu,” tegasnya.

Katanya lagi, beliau kesal apabila Azmin sengaja melepaskan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan negeri dalam soal kelulusan permit kebenaran penganjuran temasya itu diserahkan kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan.

“Kuasa sebenar ke atas pihak berkuasa tempatan di Selangor adalah terletak di bawah bidang kuasa menteri besar, bukannya Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang dalam kes pesta arak ini.

“Azmin sebagai menteri besar melepaskan tengkuk dan meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak lain. Ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak wajar sama sekali,” katanya lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori