Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penemuan Haiwan Pelik Cetus...

SEJAK kebelakangan ini, semakin banyak pula penemuan makhluk-makhluk pelik yang sebelumnya tiada dalam rekod...

Sukan Asia: Permulaan Positif...

JAKARTA - Skuad memanah kebangsaan yang memulakan saingan hari pertama di Sukan Asia...

Bendahari BERSATU Direman Sebagai...

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa tahanan reman ke atas...

PM: Debat Terbuka Tidak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan debat secara terbuka dan...

Kerajaan Rangka Pelan Pampasan Kepada PLUS

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan merangka pelan untuk membayar pampasan kepada PLUS Malaysia Bhd (PLUS) susulan pemansuhan bayaran tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, seperti diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan merangka pelan dan mengkaji segala pertimbangan, sebelum kerajaan bersetuju membayar pampasan.

“Pampasan itu masih tertakluk kepada perjanjian sedia ada antara kedua-dua pihak (kerajaan dan PLUS).

“Oleh itu, apabila Perdana Menteri mengumumkan tol dimansuhkan, ia bermakna kami perlu membayar pampasan,” katanya kepada Bernama selepas program The Nation yang disiarkan oleh Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini hari ini.

Othman berkata kedua-dua agensi itu akan bekerjasama menyelesaikan perkara itu.


“Kaedah pembayaran akan diputuskan menerusi rundingan. Namun, ia mestilah dalam situasi sama-sama menang (kerajaan dan PLUS),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pampasan akan dibayar ke atas baki 20 tahun kontrak, yang sepatutnya berakhir pada 2038. – BERNAMA

Kategori