Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tarian, Kek Majlis Resepsi...

RESEPSI perkahwinan yang mewah dan eksklusif sering menjadi trend pilihan pasangan pengantin baharu...

Jangan Bersenam Seminggu Selepas...

PETALING JAYA - Orang ramai yang telah mengambil suntikan pertama dan kedua vaksin...

Real Madrid Ikat ‘Messi...

MADRID - Real Madrid mengesahkan mereka menandatangani pemain remaja Jepun, Takefusa Kubo hari...

Tak Salah Beri Wang...

LIPIS - Isu pemberian wang kepada sukarelawan oleh individu yang dipercayai petugas Pakatan...

Kerajaan Mansuh Kutipan Tol Di 4 Laluan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor mulai 1 Januari 2018.

Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan perkara itu ketika ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Kutipan tol bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga ialah sebanyak RM1.10 manakala RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mendesak supaya kutipan tol di kedua-dua kawasan yang telah beroperasi sejak November 1993, dimansuhkan.


EDL, yang sepanjang 8.1 kilometer, mula beroperasi pada April 2012. – BERNAMA

Kategori