Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saya Tak Kisah Main...

MELAKA - "Saya tidak kisah bermain dalam posisi mana sekalipun asalkan dapat membantu...

Hishammuddin Selar Tindakan ‘Baling...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyelar tindakan...

Azwan Ali Hina Mangsa...

SELEBRITI yang sudah lapan kali mengerjakan ibadah umrah, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan...

Polis Terima 17 Laporan...

SERDANG: Polis Selangor telah menerima sebanyak 17 laporan berkaitan aktiviti kumpulan ajaran sesat,...

Kerana Isu DBI, Adam Shaz Turut Kena Tempias

ORANG lain yang buat hal, orang lain pula yang terkena tempias sekali. Apalah nasib selebriti tempatan yang turut menjadi ‘mangsa’ Datuk Boy Iman ini.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Nassier Wahab dituduh bersekongkol dengan Boy Iman kerana kebetulan pula dia menjadi duta kepada syarikat DBI Properties.

BACA:Ā Kes DBI: Nassier Wahab Kecewa Apa Yang Berlaku

Kini, giliran pelakon filem Juvana,Ā  Adam Shahz pula yang menjadi mangsa dihina oleh orang ramai kerana dia pernah menjadi jurucakap usahawan itu.

“Saya menerima tawaran sebagai jurucakap untuk perkara berkaitan seni selepas terlibat dengan beberapa projek seni untuk projek berkaitan yang dilaksanakan oleh Boy.

“Saya tahu netizen kecam saya dan imej saya sudah pun terjejas. Tapi saya cuma jadi jurucakap selebriti sahaja, ia hanya berkaitan seni, saya terlibat dengan projek teater Kontena 404 yang bakal dipentaskan bulan ini,” ujarnya dipetik mStar Online.

Media sosial milik Adam juga kini telah diserang hebat oleh orang ramai yang tidak berpuas hati mengenai isu penipuan projek pembinaan rumah banglo kos murah tersebut.


Adam juga telah diminta bagi mengulas mengenai penglibatannya dalam syarikat milik Boy Iman yang telah ditahan oleh pihak polis pada Isnin lalu.

“Saya tidak tahu apa-apa berkaitan perniagaan mereka dan tidak boleh beri komen tentang itu.Ā Biar pihak berkuasa dan mahkamah yang menentukan siapa betul dan salah,” tambahnya lagi.

Kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa. Diharapkan semua pihak dapat memberhentikan sebarang spekulasi berkaitan isu ini. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori