Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Belanjawan 2021 Letakkan Asas...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed...

Pemimpin DAP Mahu Komunis...

IPOH - PAS Perak hari ini melahirkan kekhuatiran dengan isyarat awal untuk mewajarkan...

Industri Getah Bukan Industri...

KLANG - Industri getah Malaysia bukan industri yang malap susulan permintaan bagi produk...

Fasha Sandha Bawa Keluarga...

SEMPENA kedatangan lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, pelakon Fasha Sandha berkata...

Kerja Naik Taraf Ban Merbok Dijangka Siap 2018

SUNGAI PETANI – Projek Menaik Taraf Ban Pantai dan Pintu Kawalan Pasang Surut serta kerja berkaitan Skim Pengairan Terkawal Ban Merbok di sini yang dijangka siap sepenuhnya Jun depan, bukan sahaja dapat meningkatkan hasil padi tetapi turut berupaya mengurangkan impak banjir di kawasan berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata pembinaan ban sepanjang 11 kilometer itu juga dijangka memanfaatkan kira-kira 1,100 keluarga di beberapa perkampungan dari kawasan Jilid Satu hingga Sembilan yang bergantung pada hasil padi dan sungai.

“Projek yang menelan belanja  RM22,080,224 itu melibatkan pembinaan tujuh ban baharu serta menaik taraf tiga ban sedia ada bagi mengelakkan air masin daripada masuk ke kawasan sawah padi, dan menaik taraf sistem kawalan pasang surut air.

“Terdapat sawah seluas 1,051 hektar di kawasan itu dan kerajaan berhasrat membantu mereka meningkatkan hasil padi menerusi pembinaan ban tersebut di samping satu lagi projek melibatkan pembinaan takungan bagi membekalkan air untuk disalurkan ke sawah padi yang akan dilaksanakan menerusi fasa kedua kelak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ban Merbok, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Kedah, Ir Hasmi Mat.

Tajul Urus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai,  berkata beliau turut menyertai sesi dialog yang berlangsung kira-kira dua jam  bersama penduduk dan jabatan serta agensi berkaitan, berhubung banjir yang melanda beberapa buah kampung di Merbok yang dikaitkan dengan proses menaik taraf Ban Merbok.


“Kita menerima pelbagai aduan dan maklum-balas termasuklah mengenai projek menaik taraf ban yang didakwa mengakibatkan banjir yang lebih teruk di rumah-rumah penduduk sekitar berbanding banjir yang berlaku sebelum ini.

“Beberapa kelemahan dikesan berlaku dalam proses menaik taraf Ban Merbok dan pihak terbabit sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi perkara itu, antaranya pintu kawalan keluar masuk air yang perlu dibuat pemasangan semula selain kebocoran di salah satu ban tersebut,” katanya.

Menurutnya kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf Ban Merbok itu bermula pada 2015 dan dijadualkan siap tahun ini namun  tarikh siap terpaksa dilanjutkan kepada Jun 2018 bagi membaiki kelemahan yang timbul. – Bernama

Kategori