Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Mahu Siasatan LCS...

PARLIMEN | Anwar Ibrahim hari ini menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan kapal tempur...

Kanak-Kanak Hidap Penyakit Pelik,...

Mungkin sesetengah individu terutama yang menjaga bentuk badan mengimpikan rasa kenyang agar keinginan...

Kapten Noor Hafizah, Juruterbang...

Sejuk mata memandang.. itulah yang boleh digambarkan terhadap seorang juruterbang wanita AirAsia, Noor...

“Saya Kini Jadi Penganggur”...

BEKAS Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai...

Kerja Ukur Tanah Bina Stesen HSR Di Melaka Dilaksana

MELAKA – Kerja-kerja pengukuran tanah pembinaan stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Melaka telah mula dilaksanakan untuk mengenal pasti koordinat dan keluasan yang diperlukan bagi projek berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata projek tersebut melibatkan pengambilan tanah agak luas di Durian Tunggal di sini, iaitu antara 60.7 dan 80.9 hektar membabitkan jumlah pemilik tanah yang ramai.

“Kerja mengukur telah dilaksanakan dan sekarang kita hanya menunggu isyarat daripada pihak MyHSR Corporation Sdn Bhd untuk tindakan atau proses pengambilan tanah di kawasan terlibat.

“Ia dijangka dilakukan dalam masa terdekat dan kita juga telah mengenal pasti pihak atau individu terlibat dalam pengambilan tanah bagi projek berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Setiausaha Khas Ketua Menteri Melaka, Shanmugam Pitchay di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan projek tersebut bagi pembinaan stesen HSR keempat yang akan menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura.

HSR Kuala Lumpur-Singapura menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur, Bangi dan Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Mengulas lanjut, Idris berkata semua pihak atau individu yang terlibat dalam pengambilan tanah di kawasan berkenaan akan diberikan pampasan sewajarnya selepas perbincangan dilakukan.

Beliau berkata reka bentuk konsep stesen HSR di Melaka sepertimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam, sangat bersesuaian dengan negeri berkenaan yang terkenal sebagai sebuah negeri pelabuhan dan perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.


“Reka bentuk stesen HSR di negeri ini akan mengembalikan nostalgia Melaka pada zaman dahulu selain akan menjadi mercu tanda terbaharu negeri ini,” katanya.

Semalam, perdana menteri dilaporkan berkata reka bentuk stesen HSR di Melaka diinspirasikan daripada sejarah Melaka sebagai pelabuhan perdagangan strategik pada zaman kegemilangannya, justeru reka bentuk stesen Melaka adalah berdasarkan imej kapal dagang, simbol semangat keusahawanan masyarakat setempat.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata isu banjir di Durian Tunggal bukan penghalang bagi pelaksanaan projek stesen HSR kerana bencana berkenaan tidak melibatkan keseluruhan kawasan tersebut, sebaliknya ia berlaku di kawasan tertentu dan dapat ditangani dengan baik.

Beliau berkata kerajaan negeri juga telah menyediakan pelan komprehensif bagi menangani isu banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal agar ia tidak memberi kesan terhadap pembinaan stesen HSR berkenaan, kelak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HSR

Kategori