Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengurusan Lama Tak Cekap...

KUALA LUMPUR - Ketidaktentuan pasaran dunia dan ketidakcekapan tadbir urus pengurusan terdahulu merupakan...

FB Live Memang Susah,...

SEBAGAI pelawak dan pengacara, Shuk sendiri mengakui bahawa dia sering berhadapan dengan pelbagai...

Fahmi Reza Disiasat Polis...

Pereka grafik kontroversi Fahmi Reza sekali lagi dipanggil pihak polis untuk disoal siasat,...

14 Maut, Pusat Pemulihan...

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lapan cedera dalam kejadian tembakan...

Kes DBI: Nassier Wahab Kecewa Apa Yang Berlaku

SEBAGAI duta syarikat DBI Technology, Datuk Nassier Wahab berasa agak terkilan dan kecewa dengan kekecohan yang berlaku berkaitan syarikat di bawah naungan Datuk Boy Iman (DBI) sehingga menyebabkan pelakon itu ditahan oleh pihak polis.

Nassier yang juga merupakan duta kepada syarikat perumahan mampu milik itu mengatakan bahawa apa yang telah berlaku itu merupakan di luar jangkaan dan janjinya adalah untuk cari jalan penyelesaian dalam masa terdekat ini.

“Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya.

“Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula kebetulan dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

“Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Tambahnya lagi, apabila kes itu sudah reda, dia sendiri akan bertemu dengan Boy Iman bagi membincangkan jalan penyelesaian yang boleh mereka berikan.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengesahkan telah menerima 188 laporan polis berkaitan isu penipuan jualan rumah yang dilakukan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources itu.

Dalam masa sama, Nassier berharap agar kekecohan yang telah berlaku ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

Kini, Boy Iman bersama dua lagi pemilik Juta Kelulut Global Resources masih lagi ditahan polis bagi siasatan lanjut mengenai kontroversi yang telah berlaku beberapa minggu ini. – MYNEWSHUB.CC/ Ainaa Hafizah

Kategori