Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Direman Bantu Siasat...

IPOH - Seorang lelaki ditahan reman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan...

Kerajaan Akan Teruskan PERMATA...

PROGRAM Permata Negara (PERMATA) perlu diteruskan kerana dianggap sebuah program yang baik dalam meningkatkan...

Al-Sultan Abdullah Tinggalkan Status,...

KUALA LUMPUR - Semangat kesukanan tinggi dan dahagakan cabaran 'sebenar' membuatkan Yang di-Pertuan...

Rakyat Sabah Diminta Elak...

TAWAU - Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa...

Kes Seludup Di Pagar Sempadan Negara Terkawal

BUKIT KAYU HITAM – Kes-kes penyeludupan barangan kawalan di kawasan pagar keselamatan sempadan negara masih terkawal, kata Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin.

Mohd Roslan berkata ia hasil kerjasama padu pihaknya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sentiasa mengawal kawasan sempadan dengan menahan penyeludup dan menyerahkan barangan terkawal seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak diesel dan petrol kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

“Sejak 2013, hanya terdapat 48 kes telah kami ambil tindakan hasil kerjasama pihak ATM yang menahan dan menyerahkan barangan kawalan kepada kami untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1962 yang membabitkan nilai lebih RM156,000.

“Bahagian utara (Kedah) hanya melibatkan 13 kes diambil tindakan iaitu 12 kes di sempadan Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap dan satu kes di Kompleks Bukit Kayu Hitam membabitkan penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi menerusi lorong-lorong tikus,” katanya kepada pemberita pada program Lawatan dan Pemeriksaan Pagar Keselamatan Sempadan Bukit Kayu Hitam, di sini, hari ini.

Katanya, kerjasama pintar antara KPDNKK dan ATM adalah sebagai menyahut seruan kerajaan agar pelaksanaan tugas dan operasi menjadi lebih efisien dan berkesan tanpa melibatkan penambahan anggota.

“Kami ada 2,600 pegawai dan anggota di seluruh negara dan tugas kami amat meluas, dengan adanya kerjasama dengan ATM dan agensi-agensi lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan Polis Gerakan Am, kami boleh menumpukan kes-kes lain seperti penipuan MLM dan sebagainya,” katanya.

Berhubung pagar keselamatan di sempadan Bukit Kayu Hitam yang dirosakkan penyeludup, Mohd Roslan berkata beliau akan memaklumkan perkara berkaitan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Mohd Roslan turut mengingatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barang sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017 berlangsung dari 13 hingga 22 Okt supaya tidak dikenakan tindakan.

Sebelum ini, Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menetapkan 16 jenis barangan harga terkawal sempena perayaan tersebut.

Antara barangan yang berada di bawah skim ini ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, kacang dal dan ubi kentang. – BERNAMA

Kategori