Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Janin Lelaki Ditemui Dalam...

JOHOR BAHRU - Satu janin lelaki, yang dianggarkan berusia enam bulan, ditemui di...

JDT Rangkul Hatrik Sumbangsih

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) melakar gelaran hatrik Piala Sultan Ahmad Shah tiga musim...

Pengurus Didakwa Subahat Tipu...

SHAH ALAM: Seorang pengurus besar syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) didakwa di Mahkamah...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul...

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal,...

Ketua JSJ Sarawak Ketuai Siasatan Kes Pembunuhan 2 Lelaki

MIRI – Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes pembunuhan dua lelaki di Sibu petang semalam akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar.

Pengarah JSJ dari Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, Dev kini sudah berada di Sibu bagi memulakan proses siasatan ke atas kes berkenaan bersama dengan pasukan petugas khas yang dibentuk.

“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan dengan kes itu,”katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Balai Polis Pusat Miri, di sini hari ini.

Semalam dua lelaki berumur 47 dan 21 tahun ditembak mati di sebuah kedai makan di Lorong Pahlawan di Sibu oleh seorang individu pukul 12.15 tengah hari.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal dalam kenyataan medianya di Kuching hanya mendedahkan umur mangsa iaitu 47 dan 21 tahun dan mereka merupakan ahli perniagaan tetapi nama mangsa tidak dinyatakan.

Dalam perkembangan lain,Wan Ahmad Najmuddin berkata, JSJ kini sedang melakukan kajian untuk mengkaji keperluan serta mengisi kekosongan jawatan detektif di seluruh negara.


Menurutnya, untuk jawatan detektif sebanyak 6,704 perjawatan diwujudkan untuk JSJ namun setakat ini diisi sebanyak 2,290 anggota sahaja.

Mengenai lawatan ke Balai Polis Pusat Miri, beliau yang pernah berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di Miri pada tahun 1980 hingga 1984 dan seterus di Baram, Marudi selama lapan bulan berkata, balai tersebut perlu dinaik taraf infrastruktur dengan segera.

“Tiada perubahan berlaku dalam Balai Polis Pusat Miri sejak saya berpindah malah keadaan semakin sesak dan panas, “ katanya sambil memberi jaminan akan cuba untuk membawa permasalahan ini untuk diselesaikan dengans segera. – BERNAMA

Kategori