Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Wednesday, February 12, 2025

Creating liberating content

Saksi Dakwa Suami Pengasuh...

DISEMBER lalu, netizen dikejutkan dengan berita kematian seorang bayi perempuan yang meninggal dunia...

14 Cacing Dalam Badan...

MELOYAKAN. Penderitaan seorang wanita di India yang mengalami sakit perut, muntah dan jaundis...

Saya Lebih Sayang Bella...

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa...

Penumpang MRT Pada 27...

KUALA LUMPUR - Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang...

Khai Bahar Tunai Umrah, Lawat Pelarian Syria

MEMANG menjadi impian semua umat Islam untuk dapat menunaikan ibadah umrah dan haji sebelum menutup mata.

Begitu juga dengan penyanyi yang semakin meningkat naik, Khai Bahar apabila sudah menanam impian tersebut sejak mula menjejakkan kaki ke dalam bidang seni lagi.

Syukur rezekinya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram bersama kedua-dua ibu bapanya bakal direalisasikan pada hujung bulan ini.

Ia berikutan tawaran yang diterimanya daripada badan kemanusian Syria Care Malaysia pada Mei lalu.

“Alhamdulillah, impian untuk membawa ibu dan ayah menunaikan umrah akan tercapai tidak lama lagi.

“Patutnya saya rancang tahun hadapan tapi Syria Care menawarkan saya pada bulan Mei lalu untuk pergi bersama mereka pada penghujung bulan ini.

“Alang-alang tu, rezeki dapat awal bawa sekali ibu bapa saya. Sebab kita tak tahu macam mana keadaan kesihatan mereka tahun hadapan,” katanya dipetik mStar Online.

Khai Bahar merupakan antara Ikon Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care yang bakal menunaikan umrah serta melawat kem pelarian Syria di Istanbul, Turki.

Katanya, selain dia dan keluarga, ahli kumpulan nasyid Rabbani iaitu Ustaz Azadan serta team Syria Care akan berangkat meninggalkan tanah air pada 31 Oktober depan.


Mereka akan menghabiskan masa di kem pelarian tersebut beberapa hari sebelum bertolak ke Madinah pada 4 November.

Dalam pada itu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin menyatakan keinginannya untuk bantu saudara Islam di Syria makin membuak-buak apabila menjalinkan kerjasama dengan Syria Care Malaysia.

“Saya teringin sangat nak beri bantuan dan melihat sendiri keadaan di Syria. Sebelum ini saya hanya mendengar dan membaca mengenai negara itu.

“Tapi sejak bekerjasama dengan Syria Care, hati saya lagi membuak-buak untuk pergi ke sana. Namun apakan daya, kita tidak dibenarkan untuk ke sana demi keselamatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi 23 tahun ini baru sahaja merangkul Anugerah Artis Paling Popular dan Lagu Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik di Singapura baru-baru ini.

Semoga dipermudahkan urusan Khai serta team Syria Care dalam membantu pelarian Syria nanti. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

A post shared by khaibahar94 (@khaibahar94) on

Kategori