Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kelopak Mata Budak 5...

NGERI... Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit hampir sejam lamanya apabila kelopak mata...

Polis Panggil Kumpulan Bawa...

SEPANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tindakan untuk memanggil kumpulan yang membawa...

Penduduk Minta Kerajaan Buka...

Padang Besar : Penduduk meminta kerajaan membuka semula Zon Aliran Bebas Wang Kelian...

Pemandu Porsche GT3 Dan...

SEBUAH video pendek berdurasi 1 minit yang dimuat naik oleh stesen CCTV NEWS...

Khairul Hafiz Sasar Perbaiki Teknik Larian

KUALA LUMPUR – Raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaiki teknik larian dalam latihan selama sebulan di Jerman nanti bagi menghadapi dua temasya penting iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.

Pemegang rekod kebangsaan acara 100m dan 200m itu berkata menerusi latihan intensif di sana pada awal tahun depan, beliau mahu mempelajari corak pemakanan dan latihan diamalkan pelari pecut benua Eropah.

“Namun saya menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih (Mohd Poad Md Kassim) untuk menentukan bentuk latihan yang bersesuaian sepanjang berada di sana nanti…. saya pernah berlatih di sana pada tahun lepas bersama rakan sepasukan yang lain,” katanya.

Khairul Hafiz memaklumkan selepas menjalani latihan di Jerman, beliau bakal menyertai edisi ke-17 Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia di England namun menegaskan tiada sasaran khusus diletakkan dalam penampilan sulungnya kerana mahu memberi fokus terhadap Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Sukan Komanwel 2018 akan diadakan dari 4-15 April di Gold Coast, Australia manakala Sukan Asia 2018 dari 18 Ogos-2 Sept di Indonesia.

Sementara itu, Mohd Poad berkata Jerman dipilih sebagai tempat latihan untuk Khairul Hafiz kerana ia mempunyai fasiliti terbaik untuk pelari muda berkenaan mempersiapkan diri bagi menghadapi dua temasya berkenaan.


“Setakat ini hanya Khairul Hafiz sahaja yang akan dihantar berlatih di sana namun saya berharap Majlis Sukan Negara dapat meluluskan permohonan saya untuk turut sama membawa beberapa pelari pecut yang lain seperti Badrul Hisyam Abdul Manap, Jonathan Nyepa dan Nixson Kennedy,” katanya.

Khairul Hafiz dan Mohd Poad ditemui pemberita selepas majlis pelancaran cawangan terbaharu pengedar barangan sukan daripada United Kingdom, Sports Direct di sini, hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah Urusan Sports Direct Malaysia Paul Gibbons, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia Vicki Treadell dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaáfar.

Cawangan ke-28 tersebut yang berkeluasan 0.241 hektar itu merupakan cawangan terbesar Sports Direct di negara ini yang dianggarkan menelan kos keseluruhan melebihi RM5 juta. – BERNAMA

Kategori