Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Dibuka Berhubung...

ALOR SETAR - Polis akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kes seorang guru...

Trump Suka, Mahu Penuhi...

SEOUL - Presiden Donald Trump mahu Kim Jong-un mengetahui bahawa beliau menyukainya dan...

Rakyat Terus Diberi Bantuan...

KUALA LUMPUR : Bantuan secara langsung sama ada secara tunai atau subsidi kerajaan,...

Kutuk Make Up Bercapuk,...

BEBERAPA hari lalu, mak nyah kontroversi Safiey Ilias menerusi Instagram peribadinya memuat naik satu...

Kiefer Racing Tarik Diri MotoGP Malaysia

SEPANG – Pasukan Kiefer Racing Moto2 mengambil keputusan menarik diri daripada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berikutan pemergian pemilik bersama dan pengurus pasukan berkenaan, Stefan Kiefer.

“Dorna Sports sedih mendengar mengenai pemergian Stefan, individu sangat dihormati dalam kalangan pasukan MotoGP yang akan dirasai semua. Kami merakamkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan (mendiang),” kata MotoGP dalam laman Twitter rasmi, @MotoGP.

Menurut laman web rasmi pasukan itu, www.kiefer-racing.com, Stefan yang berasal dari Jerman berada di Malaysia bagi perlumbaan di SIC hujung minggu, bermula hari ini sehingga Ahad, ‘meninggal dunia dengan tidak disangka-sangka’ di sebuah hotel, semalam, namun punca kematian masih belum dapat dipastikan.

“Stefan sendiri adalah pelumba yang aktif dan pengasas pasukan berkenaan bersama-sama adik beradiknya, Jochen selepas bersara daripada kariernya. Kiefer Racing telah menjadi anggota penting dalah Kejuaraan Motosikal Dunia sejak 2003.

“Stefan sangat popular dalam kalangan pasukan MotoGP kerana sikap dan peribadinya yang sentiasa mesra, maka pemergiannya amat dirasai. Stefan meninggalkan teman wanita dan seorang anak lelaki. Seluruh pasukan Kiefer Racing merakamkan takziah atas pemergian mendiang,” kata pasukan itu.


Stefan yang memulakan karier sebagai pelumba pada akhir 1980-an, mengalih tumpuan menjad pemilik dan menguruskan pasukan pada 1996 melalui pasukan Kiefer Racing.

Pada musim ini, Kiefer Racing bersaing dalam Kejuaraan Moto2 Dunia dengan membariskan bakat baru, Tarran Mackenzie dari Great Britain, dan pelumba berpengalaman Dominique Aegerter dari Switzerland. – BERNAMA

Kategori