Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Penduduk Plaza City...

KUALA LUMPUR - Ribuan penghuni kediaman residensi Plaza City One, di Jalan Munshi...

Contohi Malaysia Bawa Pembaharuan...

NEW YORK – Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula selepas 15 tahun di...

Ratu Cantik Ke Dubai...

PEMENANG tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Remaja Moscow 2016, Anna Feschenko yang sebelum...

PH, PPBM Bertelagah Tukar...

KUALA LUMPUR - Belum pun sah bersama, Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti...

Peruntukan RM150 Juta Tingkat Eksport Negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM150 juta kepada pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan SME Corp dalam usaha mempertingkatkan eksport negara, dalam Bajet 2018.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha itu akan terus dipergiat dengan memberi tumpuan kepada sektor eksport yang bernilai tinggi bagi mencapai objektif berkenaan.

“Peruntukan itu akan digunakan bagi melaksanakan promosi dan peluasan pasaran termasuk Geran Pembangunan Pasaran,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sejumlah RM1 bilion turut disediakan oleh EXIM Bank bagi kemudahan kredit perlindungan insurans dan RM200 juta untuk kemudahan pembiayaan kredit kepada pengeksport Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).


“Sejumlah RM100 juta turut disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan kerajaan bagi mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport,” katanya. – BERNAMA

Kategori