Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SADA Jamin Bekalan Air...

ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (SADA) memberi jaminan bekalan air di...

UMNO: RoS Belum Beri...

PETALING JAYA : UMNO mengesahkan parti itu belum menerima jawapan daripada Jabatan Pendaftaran...

Tengku Abdullah Galak Lebih...

ROMPIN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah...

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir...

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin supaya pulang daripada bercuti...

Kolej Komuniti Perak Giat Baiki Rumah Golongan Susah

BUKIT GANTANG – Kolej Komuniti negeri Perak kini giat melakukan kerja-kerja baik pulih rumah golongan berpendapatan rendah di kawasan terpilih bagi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Pengarah Kolej Komuniti Bagan Datuk Zainuddin Kasmuri berkata hampir 50 rumah di tiga kawasan Parlimen iaitu Bukit Gantang, Bagan Serai dan Sungai Siput akan dibaik pulih dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

“Kerja-kerja baik pulih ini termasuk membaiki bumbung dan membaik pulih kerosakan-kerosakan kecil seperti perpaipan dan wayar elektrik dengan kerjasama kontraktor yang dipilih dari kolej komuniti sendiri.

“Kesemua 13 kolej komuniti di Perak akan terlibat sama namun ia akan dilakukan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Cabinet Away Day Kementerian Pendidikan Tinggi, ‘Touch Point’ Parlimen Bukit Gantang di Kampung Permatang Raja di sini hari ini.

Seramai 50 pelajar dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Bagan Datuk, Kolej Komuniti Teluk Intan dan Kolej Komuniti Tapah terlibat dalam program di tiga kawasan Parlimen itu.

Zainuddin berkata program yang diadakan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) teras pertama iaitu melahirkan graduan holistik berciri keusahawanan itu bertujuan untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi pelajaran dan kerohanian.


“Program sebegini bertujuan menyemarakkan lagi semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat supaya apabila mereka bekerja nanti, pelajar bersedia untuk memberi pertolongan kepada insan-insan yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung Permatang Raja, Kasma Saad, 63, berkata beliau sekeluarga bersyukur apabila dimaklumkan kediamannya dipilih dalam program itu selepas terpaksa hidup dalam keresahan apabila hampir kesemua bumbung rumahnya bocor sejak lima tahun lepas.

“Mak cik dan suami memang tak mampu nak beli bumbung baharu. Selama ini, kami terpaksa meletakkan besen dan baldi di setiap tempat yang bocor di dalam rumah sehingga tidak boleh tidur malam jika hujan,” katanya. – BERNAMA

Kategori