Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tiada Lagi Kilang Kimia...

JOHOR BAHRU - Sebarang permohonan untuk membina kilang kimia baru di Pasir Gudang...

Rahsia Raja Salman Derma...

JAKARTA - Ada alasan unik mengapa pihak kerajaan Arab Saudi memilih kurma sebagai...

DNA ‘Lelaki Y’ Dalam...

PUTRAJAYA - Profil DNA "Lelaki Y" yang dijumpai dalam rektum Mohd Saiful Bukhari...

Pemuda DAP Umum Henti...

KUALA LUMPUR - Tanda-tanda pakatan rakyat bakal berkubur semakin jelas apabila pemuda DAP...

“Kontena 404 Cabaran Baru Buat Saya” – Miera Leyana

NAMANYA mungkin agak asing sedikit kerana jarang muncul di kaca tv sebagai pelakon utama. Atau mungkin dikenali kerana gosip panas mengenai dirinya sebelum ini.

Namun Miera Leyana kini dikatakan ingin mencabar dirinya dengan menerima tawaran teater Kontena 404. Pementasan itu merupakan arahan Raja Azrey Raja Kamaruzzaman serba sedikit mengenengahkan genre komedi.

“Sebenarnya saya dah lama tak berlakon tetater. Kali terakhir melalui naskah Tun Siti Hasmah, bagi menggantikan tempat Lisa Surihani,” katanya dipetik daripada Media Hiburan.

Miera, 24, menggalas watak sebagai Aishah dalam teater tersebut dan untuk itu dia perlu bekerjasama dengan pelawak Tauke Jambu.

Gadis kelahiran Johor Bahru itu dikatakan senang untuk bekerjasama dengan Tauke walaupun sikap pelawak itu yang sukar dijangka kerana gemar membuat lawak spontan.

Menurut pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2015 itu, dia perlu menari dan menyanyi ketika sepanjang pementasan tetater walaupun ianya bukanlah pementasan teater muzikal.

“Raja Azrey bersikap terbuka bahkan sedia mendengar pendapat sekali gus memudahkan syaa menghayati karakter.

“Semua itu saya anggap bertujuan untuk menguji tahap keupayaan saya sebagai pelakon,” tambahnya lagi.


Teater Kontena 404 bakal ditayangkan dari 20 hingga 22 Oktober ini di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Antara pelakon lain yang turut bekerjasama ialah Izreen Azminda, Adam Shahz, Adam AF, aktivis masyarakat Rani Kulop dan ramai lagi.

Namun, dalam masa yang sama, Miera turut terkilan apabila ada sesetengah masyarakat konon ingin boikot teater itu kerana diterbitkan oleh DBI Enterprise Sdn. Bhd., anak syarikat kepada DBI Properties yang merupakan milik Datuk Boy Iman.

“Memang sedih bila ada yang terlalu ekstrem mahu memboikot teater ini. Apa salah kami? Kami (pelakon) sudah berusaha berikan yang terbaik demi teater ini. Kami pun hanya mampu jalankan tugas sahaja,” tegas pelakon filem Lebuhraya Ke Neraka itu.

Walaupun teater itu merupakan terbitan anak syarikat DBI Properties, orang ramai tidak sepatutnya memboikot usaha para pelakon terbabit dalam menghasilkan karya seni hiburan yang bermutu.

Apa salahnya kalau kita tetap sokong teater ni kan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori