Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video Fattah ‘Cium’ Janna,...

RAMAI yang sedia maklum akan penglibatan pelakon, Fattah Amin dan Janna Nick sebagai...

Perkasa Mutu PBT Dengan...

KUALA LUMPUR - Imej dan peranan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diperkasa...

Wanita Dakwa Dibuli ‘Samseng...

SEMALAM kecoh di laman Facebook mengenai dakwaan insiden samseng jalanan di Lebuhraya PLUS...

Bajet 2015: Mindef Cadang...

KLANG - Kementerian Pertahanan bercadang menambah peruntukan sewajarnya dalam Bajet 2015 bagi meningkatkan...

KPDNKK N.Sembilan Keluar 33 Notis Peniaga & Pengusaha

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan telah mengeluarkan sebanyak 33 notis kepada peniaga dan pengusaha di negeri ini.

Pengarah KPDNKK Negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata notis yang dikeluarkan dari Januari hingga bulan ini bertujuan meminta peniaga mengemukakan maklumat dan rekod urusan perniagaan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan dan Antipencatutan 2011.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 16 notis adalah kepada peniaga ayam dan kambing.

“Ianya berikutan tindakan penguatkuasaan yang diambil susulan berlaku trend harga ayam dan kambing yang menunjukkan kenaikan setiap kali musim perayaan sebelum harga gazet Skim Kawalan Harga Musim Perayaan diumumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Abu Ubaidah Redza.


Ain Arjuna berkata kegagalan peniaga dalam mematuhi arahan iaitu gagal mematuhi notis yang dikeluarkan, menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 21(5) dan boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Jika suatu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 manakala jika bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Kategori