Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

LGE Jemput Wartawan Bukan...

KEPALA BATAS - Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjemput petugas media melawat...

Keputusan Kes Rogol ADUN...

IPOH : Keputusan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Ahli Dewan Undangan...

MH370: Mesyuarat 3 Pihak...

SEPANG - Mesyuarat tiga pihak peringkat menteri mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370...

Menteri Pengangkutan Jepun Kunjungi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Menteri...

KPDNKK Sabah Rampas Selipar, Kasut Tiruan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah merampas 4,563 selipar dan kasut tiruan bernilai RM30,365 dalam serbuan di beberapa premis di sekitar Penampang, Rabu lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sabah, Yahya Sujak berkata, serbuan itu susulan aduan daripada pemilik cap dagang jenama Fipper dan Adidas.

“Rampasan turut disertai dua wakil pengadu bagi mengenal pasti produk yang disyaki tiruan membabitkan 3,650 selipar jenama Fipper, 650 selipar jenama Adidas serta 263 kasut jenama Adidas.

“Kita juga membandingkan produk yang dirampas dengan produk yang asli.

“Kita dapati ada perbezaan spesifikasi produk seperti saiz yang tertera, kod bar, logo dan beberapa lagi,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNKK Sabah, hari ini.


Dalam pada itu, Yahya berkata, semua selipar dan kasut yang dirampas itu akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis sebelum kes itu diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya. – Harian Metro

Kategori