Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Azis Sangkal Dakwaan PH...

KUALA LUMPUR - Tuduhan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mendakwa Pas Residen...

“Jangan Jadi Saya Kaunter...

PRIMADONA Malaysia, Erra Fazira mengakui enggan campur tangan dalam urusan berbangkit berkaitan isu...

2 Batang Gigi, Gumpalan...

LANGKAWI - Operasi pencarian anggota badan lain Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang...

Bangunan Tahfiz Terbakar Hanya...

KUALA LUMPUR - Pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung...

KPT Fokus Lahirkan Graduan Pilih Kerjaya Usahawan

SERDANG – Lebih banyak peluang dan program usahawan akan dijana di peringkat universiti supaya graduan menjadi ‘pencipta pekerjaan’ selepas menamatkan pengajian, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, program keusahawanan yang diadakan di peringkat universiti bertujuan memastikan budaya usahawan itu wujud dalam kalangan siswa dan siswi supaya mereka mempunyai nilai kreativiti dan inovasi yang tinggi selain mempunyai sifat berani meneroka.

Bagi 2017, katanya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan lebih 70 peratus pelajar mendapat pendedahan keusahawanan secara berstruktur, enam peratus terlibat aktif sebagai usahawan semasa dalam pengajian dan tiga peratus graduan menjadikan usahawan sebagai kerjaya pilihan.

“Kalau boleh kementerian hendak tingkatkan peratusan mereka yang memilih usahawan sebagai kerjaya pilihan kepada 10 peratus selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Bulan Keusahawanan Siswa 2017 di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Dalam ucapan sebelum itu, Idris berkata, Bulan Keusahawanan Siswa yang julung kalinya dianjurkan KPT sepanjang Oktober dengan tema ‘Semarakkan Semangat Keusahawanan Anda’ merupakan titik permulaan dan pendedahan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar baharu di institusi pengajian tinggi.


Sepanjang penganjuran Bulan Keusahawanan Siswa 2017 itu, sebanyak 2,764 perniagaan baharu pelajar telah didaftarkan selain 155 aktiviti yang dilaksanakan oleh 26 institusi pengajian tinggi awam dan swasta. – BERNAMA

Kategori