Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kelantan Hadapi Kelemahan Jentera...

KOTA BHARU - Kelemahan jentera serangan dan tengah adalah antara penyebab kegagalan Kelantan...

Mahasiswa Otak Pandir Dipenjara,...

KUALA LUMPUR - Umpama otak pandir, seorang penuntut sarjana di sebuah universiti swasta...

‘Notis Cinta’ Untuk Pemilik...

KAMI yakin ada kalangan pembaca yang pernah meletakkan kenderaan di kawasan rumah yang belum...

Projek Solar: Bekas Menteri...

PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri kabinet sekali lagi hadir di ibu pejabat Suruhanjaya...

Kritik Servis Grab, Lelaki Ini Dikecam Netizen

PERKHIDMATAN carpool Grab dan Uber boleh dikatakan menjadi pilihan pengangkutan utama masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja kadar caj yang dikenakan perkhidamatan e-hailing itu juga agak murah, malah keselesaan kereta yang disediakan menjadi salah satu faktor kemudahan itu mendapat tempat di hati netizen.

Namun, beberapa hari lalu, seorang pengguna laman Twitter yang dikenali dengan nama Ariff Shah telah memuat naik satu entri yang menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap servis Grab yang diterimanya.

“Menggunakan perkhidmatan @GrabMy untuk ke KLIA. Mendapat kereta Saga FLX. Tidak selesa. Grab sepatutnya menyesuaikan kadar harga mengikut model atau keadaan kereta, terutama untuk destinasi seperti KLIA.

“Tidak adil membayar kadar yang sama apabila anda boleh mendapatkan kereta yang lebih baik,” tulisnya di Twitter.

Dalam entri tersebut, Ariff seakan-akan mempertikaikan jenis dan model kereta yang diterimanya menerusi Grab kerana kereta tersebut hanyalah kereta Proton Saga buatan tempatan dan ‘tidak setara’ dengan harga dan tahap keselesaan kenderaan tersebut.

Dia juga menyatakan ianya tidak adil kepada pengguna Grab kerana kadar tambang yang dikenakan adalah sama walaupun mereka boleh mendapatkan kereta yang lebih baik dan selesa.

Tweet tersebut telah mendatangkan kemarahan dan kecaman daripada netizen. Ada juga antara netizen yang mencadangkan agar pemuda itu membawa kenderaan sendiri jika ingin mendapatkan kepuasan hati yang maksimum.

Dan yang tidak disangka adalah, pihak Grab Malaysia turut membalas kenyataan tersebut.


Nasihat Grab, jika Ariff mahu lebih selesa dan kenderaan yang lebih besar dia boleh menggunakan perkhidmatan GrabCar (premium) atau GrabCar (6-tempat duduk) sahaja.

Tambah Grab Malaysia lagi, model Proton Saga FLX itu memang termasuk dalam kategori GrabCar (economy) dan tambang yang diberikan bersesuaian dengan pilihan GrabCar (economy) tersebut.


Hal ini kerana, Ariff menyatakan yang dia mampu membayar lebih jika perkhidamatan Grab yang diterimanya menawarkan kereta yang lebih ‘selesa’.

Aplikasi Grab mahupun Uber masing-masing memberi pilihan kereta yang pengguna ingin gunakan. Oleh itu, isu seperti ini tidak seharusnya diperbesarkan kerana servis yang ditawarkan mengikut pilihan pelanggan itu sendiri.

Bukankah pengguna boleh membatalkan sahaja pesanan yang telah dibuat jika tidak berpuas hati dengan jenis kereta yang ditawarkan? – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori