Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Uber ‘Naik Hantu’,...

KALAMAZOO - Enam maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah mangsa yang...

Bas Persiaran Dari Camaron...

IPOH - Sebuah bas persiaran yang membawa 27 pelancong asing dan seorang rakyat...

Bekas Pegawai Polis Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Perhebat Di Kem Sungai...

SUNGAI BULOH - Pusat latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) serta...

Kumpulan Hasm Bunuh 52 Polis, Askar Mesir

KAHERAH – Seramai 52 anggota polis dan askar maut diserang hendap sebelum sempat melakukan operasi serbuan ke atas satu lokasi disyaki kubu persembunyian kumpulan militan di barat Mesir.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir, beberapa anggota militan pengganas itu turut terbunuh dalam serbuan pasukan keselamatan berkenaan.

Mesir berdepan dengan pemberontakan dua kumpulan militan di Semenanjung Sinai, termasuk kumpulan yang memiliki pertalian dengan militan Daesh.

Kumpulan militan berkenaan turut melancarkan beberapa siri serangan besar, yang terbaharu ke atas sebuah gereja di sini dan beberapa bandar lain sehingga meragut puluhan nyawa.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihak berkuasa menerima maklumat mengenai kubu berkenaan, disyaki sebagai tempat persembunyian beberapa anggota kumpulan Hasm.

Mereka dipercayai menjadi dalang di sebalik beberapa serangan yang menjadikan hakim dan anggota polis sasaran utama pengganas sejak tahun lalu.


Seorang pegawai kanan di Pejabat Keselamatan Giza berkata, konvoi pihak berkuasa terdiri daripada empat kenderaan pacuan empat roda dan satu kenderaan kementerian diserang hendap.

Kumpulan berkenaan turut meletupkan mangsa dengan bom tangan serta beberapa bahan letupan lain. Sumber berkata lagi, jumlah kematian dijangka terus meningkat. – REUTERS/BH ONLINE

Kategori