Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Uniform Baharu Polis Singapura...

SETELAH lebih 33 tahun 'berpeluh' di bawah terik matahari, anggota Pasukan Polis Singapura...

RM1.5 Bilion Untuk Projek...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah...

Tak Praktikal Nelayan Tanam...

ALOR SETAR - Agak mengejutkan apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan...

Digi Akan Kembang Liputan...

MIRI - Digi Telecommunications Sdn Bhd akan mengembangkan liputan 4G, jalur lebar kelajuan...

Kumpulan Persoal Laporan PAC Bukit Botak

GEORGE TOWN – Kumpulan The Penang Citizens Awareness Chant Group mempersoalkan kenapa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mengenai pengurusan pembangunan di Bukit Relau atau dikenali sebagai Bukit Botak tidak dibentang di persidangan Dewan Undangan Negeri.

Penasihatnya Yan Lee berkata hampir lima tahun Bukit Botak mengalami hakisan tanah hasil penerokaan tanah pada pertengahan 2013 dan rakyat perlu tahu perkembangan mutakhir mengenai kerja-kerja pembendungan yang dilakukan.

“Sehingga kini laporan PAC hanya diberi kepada semua ADUN. YB Norlela Ariffin (PKR-Penanti) membawa perkara ini dan memberi saya keratan mengenainya. Perkara pokok mengapa perkara ini berlaku. Mengapa mereka tidak mmbenarkan ia dibincang dalam dewan undangan negeri.

“Mereka membuat bising apabila laporan PAC bagi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) tidak dibentangkan di Parliamen. Apa yang mereka kata orang lain tidak boleh melakukannya, mereka melakukannya. Apa yang Barisan Nasional (BN) buat adalah salah tetapi mereka membuat perkara yang sama. Saya tidak faham,” katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu Yan meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) agar memberi butiran kemas kini mengenai kerja-kerja pembendungan Bukit Botak, yang di bahagian lain bukit itu tidak boleh dilihat daripada Jambatan Pulau Pinang Pertama, yang kemungkinan boleh berlaku tanah runtuh dan menjejaskan kawasan Paya Terubong dan Bukit Kukus. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAC

Kategori