Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anwar Gesa PH Kaji...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

“Jadilah Awet Muda Seperti...

KUALA LUMPUR – Jika anda inginkan kesihatan yang lebih baik serta kecantikan asli...

Kita Tunggu Kalau Benar...

PUTRAJAYA : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak...

53,156 Kes HFMD Sehingga...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan...

Lebih 14,000 Pemandu Pelancong Dilesenkan

KUALA LUMPUR – Seramai 14,270 pemandu pelancong telah dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melibatkan 21 kategori bahasa.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata daripada jumlah itu, sebanyak 7,222 pemandu pelancong berlesen dalam kategori bahasa Cina, melibatkan 6,329 dalam bahasa Mandarin dan 893 Kantonis.

Beliau berkata kementeriannya juga telah mengeluarkan sebanyak 1,256 pas sementara sejak 2010 untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu pelancong dalam kategori bahasa Cina.

“Pas sementara pemandu pelancong dalam bahasa Cina ini dikeluarkan berikutan kekurangan pemandu pelancong semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina dan musim percutian di negara China yang bermula April hingga Ogos,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamed Nazri menjawab soalan Sim Tong Him (BEBAS-Kota Melaka) berhubung tindakan yang diambil kementerian untuk mengatasi kekurangan pemandu pelancong yang fasih berbahasa Cina. – BERNAMA

Kategori