Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MB Perak Kini Bergelar...

IPOH – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu merupakan antara dua penerima Darjah...

Raja Terakhir Korea Suka...

SEOUL - Beberapa peninggalan lama akhir abad ke-19 ternyata mengejutkan banyak pihak di...

Peminat DM Insta, Yuna...

SIAPA sangka hanya kerana kiriman direct message di laman Instagram, beban satu keluarga...

Sarawak Jaga Kepentingan Islam,...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak terbukti berjaya menjaga kepentingan Islam dan pada masa...

Lebih 50 Maut Kejadian Tembakan Di Las Vegas

LOS ANGELES – Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah konsert di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas di Nevada, kata polis tempatan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Angka kematian itu, yang masih awal untuk ditentukan jumlah sebenarnya, bakal menjadikan insiden tersebut sebagai yang paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Terdahulu, jurucakap polis Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan, bagaimanapun, suspek berjaya dibunuh polis kemudian.

Menerusi rakaman video dimuat naik dalam talian, kedengaran bunyi tembakan dipercayai daripada senjata automatik.

Dilaporkan jenis senjata api yang menghasilkan bunyi bising seperti dirakamkan dalam video berkenaan sukar untuk didapati di kedai menjual senjata di Amerika Syarikat.


Media tempatan melaporkan kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam Ahad sementara saluran berita ABC 7 berkata ratusan das tembakan dilepaskan.

Terdahulu, laporan awal oleh CBS Los Angeles dan FOX 11 mengatakan, dua terbunuh dalam kejadian itu manakala 24 cedera dengan 12 dilaporkan parah.

Laporan itu juga mengatakan, terdapat suspek lain yang masih bebas, namun polis Las Vegas menerusi status twitter dimuat naik pada 12.30 pagi Isnin, polis percaya kejadian dilakukan oleh seorang penyerang. – BERNAMA

Kategori