Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lantikan Menteri Besar Johor...

JOHOR BAHRU - Majlis pengisytiharan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu akan diadakan...

Wanita 33 Tahun Jual...

SHAH ALAM - Seorang wanita berusia 33 tahun dipercayai menjual pelekat sijil ketulenan Microsoft...

KKM Rangka Pelan Atasi...

Putrajaya : Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melihat semua data terkini serta melaksana audit...

Korea Utara – Ke...

Kalangan pemerhati politik antarabangsa terutama yang mengkhusus kepada semenanjung Korea kini tertanya-tanya ke...

Lebih 60,000 Telur Penyu Diselamatkan Di Honduras

TEGUCIGALPA – Sejumlah 63,423 telur penyu laut berjaya diselamatkan di Honduras, semasa tempoh penutupan Teluk Fonseca dari 1 hingga 25 September, menurut kumpulan alam sekitar hari ini.

Pengarah Pertubuhan Progolfo, Luis Turcios berkata, bilangan telur yang berjaya diselamatkan tahun ini merupakan pencapaian luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini, dalam tempoh empat dekad.

Kejayaan itu katanya, hasil sokongan diberikan individu, syarikat swasta dan institusi kerajaan dalam menjaga ekosistem.

Dalam usaha menyelamatkan telur dan memastikan anak penyu yang baru menetas dapat dilepaskan pada November depan, lima kubu penyu dibina di pantai Honduras.

Beliau berharap usaha itu dapat mencapai sasaran 95 peratus kelahiran anak penyu.

Menurut beliau, Honduras ‘dilihat sebagai sebuah kawasan perlindungan untuk pembiakan penyu laut spesis olive ridley yang terkecil di dunia.’


Dalam perjalanan penyu itu dari Patagonia, Chile ke California (Amerika Syarikat), spesis itu menggunakan Teluk Fonseca sebagai tempat makan dan peneluran.

Tambah beliau, jika setiap kali lebih ramai nelayan terlibat aktif dalam pengumpulan dan penjagaan telur penyu, ia sekaligus dapat memulihara spesis penyu berkenaan selain dapat menyumbang kepada usaha mengekalkan keseimbangan ekosistem. – BERNAMA

Kategori