Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Prestasi Teruk Kabinet PH...

TEGURAN berulang kali dilontarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung ketidakpuasan hati terhadap barisan...

Bukan Negarawan Sejati Hina...

KOTA KINABALU - Tun Dr Mahathir Mohamad bukan negarawan sejati jika tergamak menghina...

Lelaki Bakar Bilik Doktor...

GEORGE TOWN - Lelaki yang bertindak menuang petrol sebelum menyalakan api sehingga menyebabkan...

VIDEO : Gagal Di...

TUMPAT - Calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Lelaki Berpistol Samun RM58,000 Di Kota Kemuning

SHAH ALAM – Penjenayah bersenjatakan pistol melarikan wang tunai RM58,000 dalam rompakan di sebuah bank di Kota Kemuning, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, penjenayah solo terbabit melepaskan satu das tembakan ke arah siling dan meminta pekerja kaunter memasukkan wang ke dalam beg dibawanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian tiada pelanggan di dalam bank dan suspek melarikan diri selepas wang dimasukkan ke dalam beg.

“Suspek dipercayai lelaki tempatan dan bersenjata kerana polis menemui satu peluru hidup dan satu kelongsong peluru.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan suspek melarikan diri ke seberang jalan sebelum hilang dari pandangan,” katanya.


Beliau berkata, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan usaha menjejaki suspek giat dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata. – myMetro Online

Kategori