Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Tiada Keperluan Rombak PDRM...

KEPALA BATAS - Tiada keperluan untuk merombak pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kontinjen...

Verstappen Bakal Hilang Gelaran...

LONDON : Pentadbir Formula Satu (F1) kini berada di bawah tekanan hebat untuk...

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini apabila permintaan...

Polis Bantuan Dan Pemandu...

Sebuah video yang memaparkan dua orang polis bantuan memukul seorang pemandu teksi menjadi...

Lelaki Dedah Punca Rogol Ibu Dipenjara 15 Tahun

SEORANG lelaki di United Kingdom mendakwa merogol ibunya sendiri kerana tekanan dituduh merogol teman wanitanya dipenjara selama 15 tahun.

Pemuda berusia 29 tahun tersebut membuat pendedahan bahawa pengaruh dadah menyebabkan dia bertindak melakukan serangan ke atas ibunya.

Malah dia turut mendedahkan pengambilan bahan terlarang itu disebabkan tuduhan serangan seksual ke atas teman wanitanya selain kekasihnya itu curang.

Dalam kejadian itu, dia mengancam ibunya menggunakan pemutar skru.

Di sebuah mahkamah di Liverpool, lelaki itu didapati bersalah merogol teman wanitanya.

Pendengaran kes pada Isnin mendapati dia menyerang kekasihnya dengan memukul di muka mangsa sebanyak tiga kali sebelum menendangnya.


Tekanan akibat tuduhan itu mempengaruhi suspek untuk terus melakukan serangan seksual.

Semasa tempoh diikat jamin, dia bertindak merogol ibunya dalam satu kejadian pada kira-kira pukul 4 pagi, selepas mabuk dan mengambil dadah.

Lelaki kemudiannya didapati bersalah kerana menyebabkan kecederaan pada badan, rogol dan serangan seksual. – Mirror/mStar Online

Kategori