Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bayaran Untuk Dapat Lesen...

KEPALA BATAS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen...

Warisan Mungkin Tanding Solo...

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membayangkan...

Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan...

KUALA LUMPUR - Delegasi kanak-kanak ASEAN dan Korea Selatan berkongsi pandangan dan cadangan...

Zarina Anjoulie Nekad Bertudung...

PELAKON drama Anak Potianak, Zarina Anjoulie yang sering terpalit dengan kontroversi panas dan...

LKIM Cadang Wujud J/kuasa Kekang Kecurian Hasil Laut

KUCHING – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mencadangkan supaya diwujudkan satu jawatankuasa melibatkan semua agensi penguatkuasaan bagi mengekang pencerobohan dan rompakan hasil laut negara.

Pengerusinya Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata elemen Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) jawatankuasa tersebut diyakini dapat menangani masalah yang menyaksikan negara kehilangan kira-kira RM3 hingga RM6 bilion setahun.

“Jawatankuasa khas ini akan memiliki elemen penguatkuasaan yang mana anggotanya seperti LKIM, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menyalur maklumat serta berkongsi kelengkapan kerana setiap agensi penguatkuasaan ada kekangan masing-masing.

“Saya percaya koordinasi ini boleh berjaya seterusnya menghantar mesej Malaysia serius dan tidak berkrompomi terhadap nelayan asing yang mencuri hasil perikanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako di sini hari ini.


Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu agensi penguatkuasaan lebih serius menangani masalah pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing yang mengakibatkan ketirisan hasil laut negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LKIM

Kategori