Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak Lumpuh Hanya Hidup...

BEIJING – Hiba apabila menyaksikan budak di China berusia 11 tahun ini yang...

Kes Baharu Covid-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,828 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah...

Hawar Daun Bakteria: RM3.7j...

SUNGAI BESAR - Kerajaan menyalurkan dana tambahan RM3.7 juta bagi membantu pesawah di...

Pelancong Wanita Gembira Main...

Kota Kinabalu - Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug,...

LKIM Kelantan Tidak Nafi Wujud Rasuah Kakitangan

KOTA BHARU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan tidak menafikan terdapat cubaan daripada pihak tertentu untuk merasuah warga kerjanya bagi mendapatkan ‘layanan istimewa’.

Pengarahnya Azib Yaacob berkata pihak terbabit cuba memberi rasuah antaranya untuk mendapatkan maklumat berkaitan tender, peralatan dan subsidi namun tidak diendahkan oleh kakitangannya.

“LKIM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam segala tugasan dan setakat ini tiada kakitangan yang terbabit dengan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) LKIM di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di sini, hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Kelantan, Rostam Abu Hassan.

Azib berkata LKIM berharap melalui ikrar yang dilafazkan itu akan meningkatkan lagi semangat untuk membanteras perlakuan rasuah.


Beliau berkata LKIM mempunyai unit integriti dalam mengawal proses kerja dan melahirkan kakitangan yang berintegriti tinggi. – BERNAMA

Kategori