Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Culik Budak Guna...

APABILA sebut mengenai kes penculikan kanak-kanak, sudah tentu bayangan van berwana putih akan...

Rahsia Sayur, Ikan, Udang,.....

PARA ibu pastinya pernah berhadapan dengan situasi terpaksa membuang sayur dan bahan-bahan basahan...

Tular Esok Cuti Umum...

PUTRAJAYA - Berita pengisytiharan esok (2 Mac) adalah cuti umum bersempena pelantikan Perdana...

Pura-Pura Nak ‘Trade In’...

BERLAKON seolah-olah ingin 'trade-in' telefon bimbit, tapi rupa-rupanya ada makna di sebalik kisah...

Lulusan UEC Sila Belajar Di Negara Lain! – Perkasa

KUALA LUMPUR – “Kepada Christina Liew dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, jika benar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diterima banyak universiti hebat luar negara, belajarlah di sana sahaja.”

Itu pesanan Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Sabah), Datuk Rekan Hussin ke atas pemimpin pembangkang itu kerana mendesak kerajaan Malaysia mengiktiraf UEC untuk kemasukan ke universiti awam negara ini.

Tegas beliau, Malaysia ada dasar dan Akta Pendidikan Negara sejak sekian lama, maka semua pihak kena akur dengan dasar yang telah ditetapkan dan akta yang telah diluluskan itu.

“Janganlah padang rendah dengan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selama ini puluhan tahun sudah ratusan ribu pelajar Malaysia diterima masuk ke universiti-universiti luar negara termasuk 10 universiti terbaik dunia boleh terima lulusan SPM.

“Mereka itu semua telah berkhidmat untuk negara dengan cemerlang sehingga Malaysia menjadi negara hebat berbanding negara membangun lain. Malah sudah setanding dengan negara maju dari Eropah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Christina Liew sebelum ini dilaporkan mempertahankan tuntutan komuniti Cina di Sabah yang mahu UEC diiktiraf di Sabah dengan mendakwa UEC adalah penting dan diterima oleh universiti berprestif antarabangsa.

Beberapa NGO berkaitan kaum Cina sejak beberapa dekad lalu mendesak Malaysia supaya mengiktiraf UEC yang menggunakan kurikulum dari Taiwan dan semua silibusnya menggunakan bahasa Cina sebagai kelayakan untuk memasuki universiti awam.


Kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak dapat membenarkan perkara itu memandangkan ia bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan bahasa Malaysia sebagai syarat penting dalam bidang akademik.

Rekan seterusnya meminta pemimpin Pakatan Harapan jangan memandang rendah tahap pendidikan kerajaan Malaysia yang selama ini menjadikan ramai professional-professional hebat termasuk dalam kalangan kaum Cina sendiri yang dulunya belajar di sekolah-sekolah kebangsaan atau menengah.

“Jangan sekarang sudah berjaya menjadi kaya raya hasil sekolah tajaan kerajaan dan mampu menaja sekolah-sekolah Cina swasta sudah perlecehkan kelulusan SPM dan berkeras mahu UEC diterima,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori