Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kasih Sayang Antara DAP...

Tindakan pemimpin de facto DAP, Lim Kit Siang menyiarkan gambarnya bersama Ahli Parlimen...

E-Kehakiman Malaysia Tarik Perhatian...

KUALA LUMPUR – Konsep Mahkamah Elektronik (e-Kehakiman) yang diamalkan di Malaysia mendapat perhatian...

Nak Duduk Di Rumah...

MENTERI Besar Johor Datuk Osman Safian kata, Tun M mungkin tidak faham dasar...

Delegasi BIMP-EAGA Bertemu, Kerjasama...

LABUAN - Peneraju perniagaan Malaysia hari ini bertemu dengan rakan-rakan mereka dari Brunei,...

Maahad Johor Sasar Sifar Gagal Untuk STAM

JOHOR BAHRU – Maahad Johor menyasarkan sifar gagal untuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula hari ini.

Ketua Pelajarnya Muhammad Nazmi Nazim berkata antaranya pelajar sekolah itu mengamalkan membaca Surah Yasin dan solat hajat secara berjemaah setiap hari serta mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan setiap malam menjelang hari peperiksaan.

“Setiap malam kami akan melakukan Murabbi Junior iaitu seorang pelajar akan membimbing pelajar lain yang tidak faham dalam satu-satu subjek.

“Kami telah berusaha dan hari ini kami akan berjuang habis-habisan untuk menuju ke menara gading,” katanya kepada Bernama ketika ditemui hari ini sambil mengharapkan semua pihak mendoakan kejayaan di dunia dan akhirat buat dirinya serta pelajar lain khususnya dalam peperiksaan itu.

Peperiksaan STAM yang bermula hari ini itu akan berakhir pada 1 November depan.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Shaharuddin Sharif dalam kenyataan berkata seramai 811 calon berdaftar di neger ini menduduki peperiksaan itu dan 11 pusat peperiksaan dibuka dari lapan sekolah serta melibatkan 101 petugas peperiksaan. – BERNAMA

Kategori