PERTUNANGAN pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi berlangsung Jumaat minggu lalu, namun nampaknya netizen masih belum ‘move on’ daripada majlis gilang-gemilang itu.
Antara yang menjadi topik bualan adalah kemeriahan di sekitar pertunangan pasangan itu yang dianggap sangat grand seperti sebuah majlis perkahwinan sebenar.
Dan seperti kebiasaan, pasti ada saja komen-komen negatif daripada haters!
Mungkin sudah lali dengan kecaman orang yang tidak dikenali di media sosial, Elfira mengatakan dia tidak ambil pusing langsung apa orang luar nak kata.
Baginya, apa yang penting adalah majlis tersebut telah selamat berlangsung.
“Biarlah mereka hendak berkata apa pun mengenai majlis pertunangan kami tempoh hari. Saya bersyukur kerana kami berdua sudah selamat ditunangkan.
“Mereka yang memperkatakan mengenai majlis terbabit dan dengan mudah menjatuhkan hukum pula sebenarnya terbukti tetap mengambil tahu mengenai perkembangan kami, biarpun kononnya mereka kata tidak peduli.
“Malah, saya juga sedar, tidak kurang pengikut di laman Instagram yang terang-terangan membuat provokasi dengan pertanyaan apakah saya sudah bernikah?
“Sedangkan sudah jelas ditulis, ia hanyalah majlis pertunangan,” katanya Elfira kepada portal BH Online.
Jelas Elfira lagi, memang pada awalnya dia hanya merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana.
Namun, dia bersyukur apabila banyak pihak yang sudi menghulurkantajaan bagi merealisasikan majlisnya.
Baca:Â Elfira-Sufian Bertunang, Nikah Mac Depan
Juga:Â Surah Al-Mulk, Syarat Nikah Buat Sufian Dan Elfira
Selain menerima tajaan daripada beberapa pihak, majlis tersebut turut menyaksikan pasangan ini mengenakan dua pasang busana yang direka khas pereka fesyen Rizman Ruzaini dan upacara persandingan di atas pelamin tersergam indah.
Jika tiada aral melintang, Elfira dan Sufian dijangka menikah pada bulan Mac tahun depan. Semoga segala urusan dipermudah buat pasangan ini! –Â MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura